Buletin Online

Malaysiakini

Majlis Berbuka Puasa Warga Darul Bayan

Majlis Berbuka Puasa Warga Darul Bayan Slideshow: Pas’s trip from Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Terengganu slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Forum Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan

VIDEO KONTROVERSI MAT SABU

Video Terkini

OPS AL FALAH KG NYIOR

Ops al Falah kg Nyior Slideshow: Pas’s trip from Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Terengganu slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Monday, November 23, 2009

Hari Pertama Banjir 2009



23hb Nov 2009 Banjir mula melanda negeri-negeri pantai timur. Pada tahun ini Kampung Pinang Merah tidak terkecuali dilanda banjir.Semasa gambar ini diambil adalah hari pertama banjir.
Baca seterusnya...

Wednesday, November 18, 2009

Ustaz Satiful Syor Tempat-tempat Runtuh Jadi Produk Pelancongan !


KUALA NERUS – Tindakan ‘berbeza-beza’ yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di selar kerana tidak ‘konsisten’ dalam menjalankan penyiasatan.


Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata sekiranya kes tersebut melibatkan pemimpin PAS atau dari parti komponen Pakatan Rakyat (PR), SPRM akan bersegera menyiasat.

Namun sebaliknya, kata beliau, SPRM akan melambat-lambatkan, bahkan tidak mengambil tindakan langsung terhadap sesetengah kes yang melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN), walaupun terdapat bukti yang nyata.

”Isu rasuah, kalau kena (kes melibatkan) orang PAS macam (yang berlaku) kepada Tok Guru (Mursyidul Am), ‘berlari tak jumpa tangga bebenar’ (bersgera) SPRM (apabila) mendengar berita orang nak taja Tok Guru pergi ke Mekah (menunaikan haji),

”kalau hok (yang melibatkan) pemimpin UMNO, senyap ‘ketik’ (sunyi), sejak dari kes (pembelian) kappa selam sehingga kes-kes di Terengganu ini,”soalnya kepada pihak berkuasa terbabit.

Justeru kerana tiada sebarang tindakan diambil oleh SPRM, beliau kesal dan secara sinis, mencadangkan supaya bangunan dan binaan yang telah runtuh di negeri Terengganu ini, dijadikan produk pelancongan bagi menarik kedatangan pelancong-pelancong.

”Sebab itu kita syor kepada Zaabar, Exco Pelancong dia buat ‘trip’ mari melancong ke Terengganu melawat tempat-tempat runtuh di Terengganu ini,”tegas beliau.


Baca seterusnya...

Saturday, November 14, 2009

IHTIFAL PASTI AN-NURRIN KG PINANG MERAH

Pada hari Sabtu 14 hb November 2009 PASTI AN-NURRIN KG PINANG MERAH telah mengadakan Ihtifal bagi tahun akademik 2009.Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda Pas DUN Paka.Majlis dihari oleh para ibu bapa pelajar-pelajar Pasti An-Nurrin.
Ucapan Alu-aluan Oleh Sdr C W Mustaffa Bin C W Kaman Pengerusi Pasti AN-NURRIN



Ucapan Perasmian Oleh Sdr Ramzi B Abdullah Ketua Pemuda Pas DUN Paka.



Baca seterusnya...

Sekitar Ihtifal Pasti AN-NURRIN


Penyampaian Cenderahati Kepada Ketua Pemuda Pas DUN Paka.

Pelajar Cemerlang Thn 2009 bergambar dengan Guru-guru Pasti An-nurrin












Baca seterusnya...

Friday, November 13, 2009

Mimbar P6 Merah


Khutbah hari ini disampaikan oleh Yang Mulia Al Fadhil Ustaz Syeikh Hanafi dari Dungun. Seperti biasa khutbah dimulakan dengan memuji Allah SWT , Selawat keatas jujungan besar Nabi Muhammad SAW serta peringatan supaya muslimin bertaqwa kepada Allah SWT.

Khatib memulakan intipati khutbah dengan mengajukan soalan mengapakah Negara kita yang majoriti nya umat islam,negeri kita yang majoriti nya ummat lebih-lebih lagi ahli qariah kampong kita majoritinya ummat islam tidak dapat didakwah, diajak bersama-sama menyertai jemaah islam? Walaupun ada segelintir namun masih ramai lagi yang tidak menyertai jemaah perjuangan islam. Khatib juga mengingatkan ahli jemaah islam supaya mengelakkan pendekatan menghukum sebaliknya menggunakan cara berhikmah.
Khatib menyeru ustaz-ustaz , para-para da’i agar memainkan peranan yang lebih aktif menyampaikan dakwah dan memberi kefahaman kepada masyarakat ummat islam agar mereka yang meyertai jemaah islam dengan kesedaran keimanan bukannya sokongan yang disebabkan oleh isu-isu tertentu.Kerana sokongan terhadap jemaah tanpa disertai dengan keimanan diibarat oleh khatib seperti sepohon lalang yang hanya kekiri dan kekanan mengikut tiupan angin. Sokongan seperti ini amat lah ampuh tidak kemana.
Khatib juga bertanya kan hadirin sejauh manakah sumbangan yang diberikan oleh hadirin muslimin terhadap perjuangan menyebarkan Islam atau kerja-kerja jemaah atau kerja-kerja islam yang akan dapat memberikan kemenangan kepada jemaah islam.Khatib mengingatkan agar para muslimin tidak hanya bersungguh-sungguh menjalankan kerja-kerja jemaah hanya pada masa-masa tertentu sahaja seperti dimasa pilihan raya umpamanya.Perjuangan Islam dan dakwah adalah suatu perjuangan yang panjang. Ianya memerlukan pengorbanan tenaga , masa dan wang ringgit yang berterusan. Khatib juga mengingatkan bahawa berjuang bersama jemaah islam adalah satu kemestian yakni fardhu ain , menyertai perjuangan islam adalah fardhu kifayah sekiranya sesebuah Negara itu diperintah berlandaskan hukum islam (kerajaan islam).
Khutbah diakhiri dengan khutbah kedua dimana khatib mengingatkan para jemaah sentiasa berselawat keatas Junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sentiasa bertaqwa .Khatib juga mengingatkan bahawa harta dan anak pinak tidak berguna ketika bertemu Allah nanti melainkan membawa hati yang sejahtera.Khatib memperingati jemaah agar sentiasa mengingatkan hari Jumaat kerana pada hari Jumaat inilah berlakunya hari qiamat.Khatib juga menyarankn agar para jemaah sekelian selalu memperingati anak dan isteri tentang akhirat/kiamat.
Wallahu a’lam.

Baca seterusnya...

Ya Allah ! Selamatkan Perjuangan Islam


1. Kelihatan fitnah terus menyelubungi Parti Islam Se Malaysia PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang berjuang untuk memartabatkan Agama Allah swt di atas tanahair ini .


2. Musuh tanpa jemu merancang dan mengatur strategi untuk menggagalkan perjuangan suci ini dengan percubaan untuk memecah belahkan kesatuan anggota jamaah , melempar fitnah kepada pimpinan dan jamaah serta membina persepsi buruk masyarakat kepada jamaah yang perjuangkan Islam ini .



3. Selain dari tindakan pro aktif diambil oleh jamaah dan pimpinannya untuk melakukan pelbagai langkah mengatasi segala kemelut dan masaalah yang menghambat perjuangan ini ,


4. Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil satu lagi langkah wajar iaitu menganjurkan Solat Hajat & Munajat Perdana dengan tema : " Ya Allah ! Selamatkan lah Parti Islam Se Malaysia [ PAS ] " sebagai sebuah wadah yang memperjuangkan Islam di negara ini .


5. Solat Hajat dan Munajat Perdana ini akan diadakan pada Malam ini - 10 nov.[ selasa ] jam 8.15 di Dewan Dato' Fadzil Noor Taman Melewar . Insyaallah ianya akan diimamkan oleh Sohibus Samahah Tuan Guru Dato' Hj. Harun Din Timbalan Mursyidul Aam PAS .


6. Alim ulama' , pimpinan PAS di semua peringkat , aktivis dan ahli - ahli PAS serta penyokong dan seluruh ummat Islam prihatin [ muslimin dan muslimat ] dijemput hadhir untuk sama - sama kita bermunajat kepada Allah swt agar perjuangan Islam ini dipelihara dan wadah perjuangannya diperkasa .


7. Menyedari fitnah dan tekanan bertali arus yang melingkari PAS mutaakhir ini , memerlukan pertolongan dan bimbingan Allah swt agar PAS terus gah menggalas tanggungjawab perjuangan Islam di negara ini dan sekaligus memberi nur hidayahnya kepada setiap individu yang cuba untuk menggagalkan perjuangan ini .


8. Saya sekali lagi dengan segala kerendahan diri mengharapkan agar seluruh ummat Islam [ muslimin dan muslimat ] dapat hadhir bersama pada malam ini untuk kita bermunajat kepada Allah swt . Semoga Allah swt merestui perjuangan kita dan mengurniakan kekuatan serta ketabahan yang tinggi kepada pimpinan , aktivis , anggota dan penyokong jamaah ini untuk terus berjuang menyahut segala cabaran dan menyerap segala tekanan samaada yang datang dari luar atau dalam .


Sekian


Baca seterusnya...

Sunday, November 8, 2009

Kemesraan 2 Tok Guru dalam PAS.


Mursyidul Am PAS, TG.Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berbual bersama Presiden PAS, TG.Datuk Seri Abdul Hadi Awang Seminar Memperkasakan Parti, hari ini - foto THE STAR oleh AZMAN GHANI

Baca seterusnya...

Saturday, November 7, 2009

Dr. Aziz Bari Keterlaluan


Oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

1. Dr. Abd Aziz Bari semakin menyeringai dengan menunjuk taring dan belangnya hari ini melewati satu wawancara ekslusif beliau bersama malaysiakini .



2. Semakin lantang dan celupar kenyataannya . Tidak keterlaluan jika saya kata beliau semakin biadab [ tiada adab ] menyerang pemimpin PAS tanpa sabar lagi untuk menunggu hari esok .

3. Sedang esok beliau telah diundang oleh PAS untuk memberi pandangan dan kritikan beliau . Biarpun pedas dan keras , namun atas keterbukaan sikap Presiden PAS dan seluruh pimpinannya , Dr Aziz Bari diundang sebagai tetamu dan panel dalam Seminar Politik yang akan berlangsung esok .

4. Beliau boleh menunggu hari esok untuk melontarkan idea dan kritikan kepada PAS dan pimpinannya . Tapi beliau seperti mempunyai agenda tersembunyi , apabila secara konsisten memilih media umum untuk menghentam dan membidas serta melemparkan fitnah dan tuduhan tanpa bukti kepada pimpinan PAS .

5. Sebagai tokoh akademi , beliau sewajarnya kaya dengan adab dan tatacara dalam mengkritik dan membuat tuduhan . Bukan sewenang - wenangnya melemparkan tuduhan tanpa lampiran bukti yang kukuh . PAS telah membuka medan atau saluran yang betul buat beliau mengkritik [ dengan mengundang beliau sebagai panel ke Seminar Politik PAS ] , tetapi kelihatan beliau gagal memahami kedudukan itu dengan mengambil sikap terus menerus mengasak dan menyerang pimpinan PAS di khalayak ramai .

6. Lagaknya seperti mata lembing musuh untuk terus menikam pimpinan PAS yang tidak digemarinya malah juga tidak keterlaluan kalau saya pula mengatakan beliau adalah agen UMNO sebagaimana beliau menuduh Presiden PAS dan timbalannya sebagai pro UMNO .

7. Apakah Dr Aziz Bari bimbang untuk berhadapan dengan ahli - ahli PAS dalam Seminar Politik esok sehingga memaksa beliau membuat kenyataan demi kenyataan menyerang Presiden PAS di luar medan yang disediakan ? Tiadakah kesabaran beliau untuk menunggu awal pagi esok ? Atau sememangnya beliau merancang untuk terlebih dahulu mempengaruhi peserta seminar dan masyarakat umum ?

8. Saya kini tidak lagi melihat kritikan beliau terhadap pimpinan PAS sebagai datang dari seorang tokoh akademik yang ikhlas dan tulus , tetapi ia adalah kritikan yang datang dari seorang agen musuh untuk menggulingkan Presiden PAS dan mahu melihat PAS terus bergolak . Beliau sangat seronok melihat PAS berkrisis hasil kritikan dan tohmahan yang dilontarkan .

9. Sebelumnya saya tidak ambil kisah kenyataan - kenyataan beliau . Saya berlapang dada . Saya kira ini adalah pandangan dari luar kotak yang perlu diberi perhatian oleh pimpinan . Alhamdulillah , perhatian telah diberikan oleh pimpinan PAS terhadap tulisan - tulisan beliau dan akhirnya membawa kepada Seminar Politik . Lebih menarik , beliau jua antara panel yang diundang oleh PAS untuk memberi kritikan melalui medan dan saluran yang disediakan . PAS , pimpinan dan seluruh ahlinya sedia mendengar dan bermuhasabah .

10. Tetapi beliau masih tidak berpuas hati . Pimpinan PAS terus diserang dan ditohmah . Beliau bercakap soal disiplin dan karisma kepimpinan tetapi saya lihat beliau sendiri jelas tidak memiliki disiplin dan jauh sekali dari memiliki karisma . Ramai orang tertanya - tanya , apa sebenarnya yang beliau mahu ?

11. Melihat kepada reaksi brutal beliau menyerang tanpa henti , mudah sahaja jawapannya ialah beliau mahu menjatuhkan Presiden PAS dan beberapa pimpinan yang lain serta mahu supaya PAS terus bergolak . Akhirnya beliau [ Dr. Aziz Bari ] dan puak - puaknya mendapat advantage dari kekeruhan yang diciptanya .

12. Jawapan ini saya kemukakan kerana jelas apa yang diinginkan oleh Dr Aziz Bari bukan penyelesaian kerana pelan penyelesaian telah dibuat dan medan perbahasan telah dibuka dengan penganjuran seminar ini . tapi beliau menunjuk rasa tidak puas hatinya dengan terus melanyak pimpinan PAS . Ertinya beliau bukan inginkan kedamaian dan penyelesaian tetapi apa yang beliau mahu ialah menyingkirkan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang lain bagi memuaskan hatinya dan hati puak - puaknya .

13. Dr. Aziz Bari dan kumpulannya kelihatan terancang dan teliti dalam mengatur plot untuk menjatuhkan presiden PAS . Tulisan dan kenyataan beliau terutamanya hari ini bukan lagi bersifat teguran dan kritikan tetapi serangan dan tohmahan untuk menjatuhkan Presiden PAS dengan memberi pelbagai label . Saya berdoa kepada Allah swt semoga Allah memelihara jamaah Islam ini dan menggagalkan perancangan Dr Aziz Bari dan kumpulannya .

14. Saya menyesal kerana hampir - hampir mempercayai beliau dan menghormati seluruh tulisan beliau . Ternyata saya silap dan beliau tidak ikhlas sebagaimana yang disangka . Apa salahnya beliau menunggu esok yang tidak berapa jam sahaja lagi untuk memberi teguran direct kepada seluruh pimpinan PAS dari segenap peringkat yang hadhir berseminar nanti . Kenapa setelah dibuka ruang dan diberi peluang kepada beliau dengan penuh hormat dan penuh dengan sikap keterbukaan pimpinan PAS , beliau masih tidak menghormatinya sebaliknya memilih untuk terus menghentam pimpinan PAS di media umum ?

15. Menurut rekod daftar ahli PAS sekarang dan pengakuan beliau sendiri , beliau bukanlah ahli PAS dengan maksud beliau memang bertindak sebagai orang luar dari PAS . Realiti itu tiada masaalah bagi saya . Boleh sahaja sesiapa pun mengkritik PAS dan pimpinan PAS mestilah peka dengan kritikan tersebut . Tetapi apabila kritikan itu bernada tuduhan dan tohmahan , beliau mestilah tampil dengan hujjah dan bukti yang kukuh . Malangnya beliau menulis tanpa sebarang bukti kukuh malah menampilkan fakta yang salah .

16. Pun begitu saya masih menaruh harapan agar esok , Dr Aziz Bari dapat hadhir dan kemukakan hujjah serta bukti - bukti kukuh beliau . PAS telah sediakan medan yang telus dan tulus buat beliau .

17. Kelak , jika tiada bukti yang meyakinkan terhadap segala tuduhan dan tohmahan maka selesailah sebuah kemelut ciptaan Dr Aziz Bari dan puak - puak yang mendokongnya dan harapan saya selepas itu , pimpinan dan ahli PAS tidak perlu lagi terseret dalam kancah yang sengaja di creat oleh agen - agen musuh untuk terus melihat PAS retak dan lemah .

18. Sebaliknya , jika Dr Aziz Bari berjaya mengemukakan bukti yang jelas atas setiap pertuduhan yang dilemparkan , PAS janganlah teragak - agak untuk mengambil tindakan ke atas siapa jua yang menggadai prisip perjuangan dan polisi parti .

19. Akhirnya saya menyeru agar semua sahabat seperjuangan agar tidak mudah untuk terpengaruh dengan propaganda musuh yang mahu melihat parti terus bergolak . Kerana apabila PAS teguh dan bersatu , maka pastinya akan menyusahkan mereka untuk melaksanakan agenda - agenda jahat menghancurkan perjuangan Islam ini .

20. Marilah kita cantumkan semula pecahan - pecahan hati dan rasa dikalangan kita , agar kita kembali bertaut dengan semangat ukhuwwah fillah . Biarlah orang lain bercakap , mengkritik , menuduh dan menabur fitnah sementara kita terus utuh memberikan komitmen yang tinggi terhadap perjuangan . Melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang masih terbengkalai kerana asyik dan hanyut dalam arus pergolakan yang dicipta oleh agen musuh .


Baca seterusnya...

Tuesday, October 27, 2009

“Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS)”


Written by Presiden PAS
Monday, 26 October 2009

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya. Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini. Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru. Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Dato’ Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini. Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009
Baca seterusnya...

Monday, October 26, 2009

Bajet 2010 untungkan k'jaan: Anwar


Okt 26, 09 3:54pm
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah yang diperkenalkan semula, jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai.



Dalam Bajet 2010, kerajaan mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu dari 27 peratus kepada 26 peratus selain menaikkan pelepasan cukai daripada RM8,000 kepada RM9,000, pelepasan dalam bayaran yuran internet, pembelian komputer, kenaikan pelepasan caruman KWSP dan sebagainya.

Berucap membahaskan bajet tersebut di Dewan Rakyat hari ini, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, secara kasarnya rakyat menikmati peruntukan kebajikan dalam bentuk pengecualian dan pelepasan cukai hanya dalam lingkungan RM500 juta.

"Walaubagaimanapun kerajaan mengenakan bayaran RM50 untuk kad kredit utama dan RM25 untuk kad tambahan. Dianggarkan kerajaan akan memperolehi pendapatan lebih daripada RM400 juta daripada yuran kad-kad ini yang keluar daripada poket rakyat.

"Ini tidak termasuk lagi cukai keuntungan hartanah sebanyak 5 peratus yang diperkenalkan semula. Hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah ini jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai," tambahnya.

Sehubungan itu, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh bertanya adakah benar bajet ini berkebajikan kepada rakyat.

"Apa yang berlaku, ia bertentangan dengan usaha kerajaan untuk meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai ditambah tinggi. Poket rakyat makin kosong dan kuasa membeli merosot.

"Bagaimana kerajaan akan menjana permintaan dan penggunaan domestik untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dalaman sekiranya kuasa membeli rakyat merosot sedangkan pelaburan langsung asing terus merundum dengan teruk," tegas Anwar.

Katanya, jumlah kebajikan untuk rakyat terlalu kecil jika dibandingkan dengan subsidi yang diterima oleh syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) atau syarikat-syarikat pemegang konsesi seperti tol, AP dan sebagainya.

"Dalam laporan kewangan PETRONAS syarikat-syarikat konsesi IPP menikmati subsidi gas sebanyak RM20 bilion pada tahun 2008 dan bertambah kepada RM22 bilion tahun 2009.

"Siapa yang menikmati kebajikan yang sebenarnya? Rakyat atau syarikat pemegang konsesi? Bayangkan jika subsidi ini diagihkan kepada rakyat. Setiap rakyat Malaysia akan mendapat lebih kurang RM815 seorang.

"Bagaimana pula dengan kehilangan berbilion ringgit hasil penyelewengan, rasuah, pembaziran dan sebagainya? Skandal demi skandal terbongkar yang melibatkan puluhan billion ringgit daripada hasil cukai yang di bayar oleh rakyat? PKFZ, Perwaja, scorpene dan sebagainya. Kebajikan rakyat diutamakan?" soalnya.

Berikut adalah sedutan ucapan perbahasan Anwar:

Belanjawan tahunan merupakan polisi jangka pendek kerajaan. Selalu nya apa yang bentangkan Jumaat lepas akan dilupakan dan tidak diikuti sehingga belanjawan baru dibentangkan pula.

YAB Perdana Menteri mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu dari 27% kepada 26% bagi memasti kadar cukai pendapatan individu kekal berdaya saing serta meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai tambah tinggi menurut beliau. Selain itu kerajaan menaikkan pelepasan cukai daripada rm8 ribu kepada rm9 ribu, pelepasan dalam bayaran yuran internet, pembelian komputer, kenaikan pelepasan caruman KWSP dan sebagainya.

Secara kasarnya rakyat menikmati peruntukan kebajikan dalam bentuk pengecualian dan pelepasan cukai hanya dalam lingkungan RM500 juta.

Walaubagaimana pun kerajaan mengenakan bayaran RM50 untuk kad kredit utama dan RM25 untuk kad tambahan. Dianggarkan kerajaan akan memperolehi pendapatan lebih daripada RM400 juta daripada yuran kad-kad ini yang keluar daripada kocek rakyat. Ini tidak termasuk cukai keuntungan hartanah sebanyak 5% yang diperkenalkan semula. Hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah ini jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai.

Adakah benar bajet ini berkebajikan kepada rakyat? Apa yang berlaku ia bertentangan dengan usaha kerajaan untuk meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai ditambah tinggi. Kuasa membeli rakyat merosot. Bagaimana kerajaan akan menjana permintaan dan penggunaan tempatan untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dalaman sekiranya kuasa membeli rakyat merosot sedangkan pelaburan langsung asing terus merundum dengan teruk. Negara hanya mencatat kemasukan pelaburan langsung asing sebanyak RM3.6 billion berbanding RM19.7 billion tahun lepas?

Jumlah kebajikan untuk rakyat terlalu kecil jika dibandingkan dengan subsidi yang diterima oleh syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) atau syarikat-syarikat pemegang konsesi seperti tol, AP dan sebagainya.

Dalam laporan kewangan PETRONAS syarikat-syarikat konsesi IPP menikmati subsidi gas sebanyak RM20 billion pada tahun 2008 dan bertambah kepada RM22 billion tahun 2009. Siapa yang menikmati kebajikan yang sebenarnya? RAKYAT ATAU SYARIKAT PEMEGANG KONSESI? Bayangkan jika subsidi ini diagihkan kepada rakyat. Setiap rakyat Malaysia akan mendapat lebih kurang RM815 seorang.

Pengurusan ekonomi lemah - defisit 13 tahun berturut-turut

Walaupun belanjawan defisit kali ini lebih kecil daripada yang dijangkakan tetapi perlu diingatkan banyak lagi belanjwan-belanjawan tambahan, pakej rangsangan, perbelanjaan "off-budget" dan sebagainya akan dibentangkan sepanjang tahun 2010. Maka defisit akan terus meningkat.

Adakah benar kerajaan berbelanja defisit kerana "kebajikan rakyat didahulukan" atau kelemahan dalam pengurusan ekonomi pimpinan kerajaan sekarang. 13 tahun berturut-turut kerajaan membentangkan belanjawan defisit baik dalam keadaan harga petroleum dan komoditi melambong tinggi.

Akibatnya hutang Negara meningkat 18.3% daripada RM306.4 billion pada tahun 2008 kepada RM362.5 billion tahun 2009. Sejak 2006 hutang Negara meningkat 49.7% daripada RM242.2 billion. Dalam masa yang sama peratusan hutang Negara dengan KDNK meningkat 41.5% pada tahun 2008 kepada 52.4% tahun 2009.

Pelbagai langkah dan peruntukan diumumkan untuk memacu ekonomi standing dengan ekonomi nilai tinggi seperti negara Singapura, Korea Selatan dan sebagainya. Malangnya, statistik terus menunjukkan kemerosotan pendapatan yang secara langsung menyumbang kepada masalah defisit.

Keutamaan dalam pembangunan ekonomi jauh menyimpang. Kerajaan memberi keutamaaan yang berlebihan kepada pembangunan infrastruktur awam (public hardware infrastructure) dan mengabaikan keperluan infrastruktur social dan teknikal. Pembangunan infrastruktur teknikal dan sosial termasuk pembangunan dalam peningkatan kualiti sumber manusia, pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan, pencegahan jenayah dan sebagainya.

Kerajaan tidak upaya melonjak ekonomi ke tahap yang boleh menggandakan penjanaan pendapatan - iaitu ekonomi tambah nilai kerana terlalu bergantung kepada komoditi, petroleum, pembuatan dan perkilangan yang mana kita tidak mempunyai kelebihan lagi dari segi kos efisiensi berbanding negara-negara membangun lain.

Kerajaan hilang daya kreatif dan inovatif untuk menambah pendapatan Negara kerana terlalu bergantung kepada pendapatan industri petroleum. Bagaimana kerajaan dapat membimbing rakyat agar berdaya kreatif dan inovatif untuk meningkat kepada berpendapatan tinggi?


Kebergantungan kepada pendapatan industri petroleum

Bagi tahun 2008; kerajaan memperuntukkan RM177 billion yang mana RM74 billion (42%) disumbang oleh PETRONAS. Ini tidak termasuk hasil dari syarikat-syarikat industri petroleum lain. Sekiranya diambil kira dianggarkan pendapatan daripada industri petroleum mencecah lebih 60%.

Bayaran yang dibuat oleh PETRONAS kepada kerajaan meningkat dua kali ganda dari tahun 2005 hingga 2009; sedangkan rizab petroleum dan gas kita tidak banyak berubah dan kos operasi meningkat 3 kali ganda dalam tempoh yang sama.

Dalam tahun 2006, pecahan pungutan cukai langsung kerajaan adalah pada nisbah 46 % cukai syarikat, 32% cukai petroleum dan 15% cukai individu. Kerajaan tidak mengumumkan pecahan pendapatan cukai yang dijangka dalam tahun 2010, tetapi jangkaan umum adalah cukai petroleum sudah melebihi sumbangan cukai syarikat; yang menimbulkan tanda tanya tentang daya saing ekonomi kita yang terlalu bergantung kepada industri petroleum.

Dianggarkan hanya 2 juta dari 11 juta tenaga kerja di negara ini membayar cukai. Dari jumlah tersebut, dianggarkan hanya 10,000 pembayar cukai adalah pembayar cukai kadar tertinggi (highest tax rate payer); menggambarkan hanya 10,000 orang di Malaysia mendapat pendapatan lebih dari RM250,000 setahun. Ini melambangkan kegagalan BN melonjakkan ekonomi ke tahap lebih tinggi, sehingga tenaga kerja kita masih berkisar kepada kerja-kerja yang tidak mendapat pulangan tinggi - secara langsung menjejaskan pendapatan negara.

Sebelum cukai dinaikkan amat kritikal kerajaan menilai semula kewajaran penganugerahan konsesi tol, IPP, permit impot atau AP kepada perusahaan otomobil dan segala lesen dan permit yang diniagakan diatas dan bawah kaunter untuk mengaut keuntungan tanpa apa-apa pertimbangan yang amat membebankan pengguna.

Kerajaan perlu meneliti bajet dan menghapus pembaziran dan kebocoran. Secara teori kita dapat menyelamat sekurang-kurangnya 10% daripada belanjawan tanpa mengorban prestasi kerja dan penjimatan sedemikian dapat digunakan untuk mengurang defisit belanjawan.

Wujudkan sistem cukai progresif

Kita perlu peka dan prihatin kepada masalah jurang pendapatan rakyat di Negara ini. Kita sedia maklum jurang kemiskinan yang wujud di antara negeri-negeri, di bandar dan desa - malah, wujud juga jurang yang besar di antara tenaga kerja di negara ini.

Anggaran yang dilaporkan sebelum ini ada menyebut bahawa jumlah pembayar cukai kadar tertinggi di negara ini tidak pun mencecah satu peratus dari jumlah keseluruhan pembayar cukai.

Pelepasan-pelepasan cukai yang diumumkan dalam belanjawan 2010 sebenarnya tidak mengmbil kira jurang pendapatan yang wujud di kalangan tenaga kerja kita.

Pada masa kini, seorang pembayar cukai akan membayar kadar tertinggi apabila pendapatan beliau mencecah RM100,000 setiap tahun.

Dalam keadaan ekonomi semasa, golongan professional pertengahan juga akan masuk di dalam kategori ini; walaupun pendapatan mereka adalah jauh lebih rendah daripada mereka yang mencecah RM500,000 atau RM1 juta setahun.

Adalah lebih adil dan berkebajikan jika kita mengiktiraf jurang pendapatan yang wujud ini - maka sistem cukai individu kita perlu lebih progresif.

Saya cadangkan agar satu kategori pendapatan tertinggi yang baru diperkenalkan untuk membezakan di antara mereka yang berpendapatan tertinggi dan golongan professional kelas pertengahan.

Persaingan ekonomi dan meningkatkan daya saing

Kemurungan yang melanda ekonomi sejagat tampaknya tidaklah sebegitu tenat lagi. Namun keadaan sesungguhnya tidak menentu. Tidak siapa mampu menjangka keadaan yang mendatang. Esok, secara-cara tiba, ekonomi, boleh sahaja merudum dan mendung yang disangka berarak pergi, mulai datang menyelubungi lalu menimbulkan kekusutan kepada rakyat.

Panjanglah rumput di permatang
Di sabit orang di Inderagiri
Ku sangka panas sampai ke petang
Kiranya hujan di tengahari

Menurut laporan "World Competitiveness Report 2009/2010" yang dikeluarkan oleh "The World Economic Forum (WEF)" Malaysia jatuh dari tangga 21 kepada 24 kerana kelemahan dalam kerangka peraturan baik perundangan maupun pentadbiran yang jatuh dari tangga 17 kepada 43 dalam masa 2 tahun.

Kelemahan yang menjejas daya saing negara perlu diperbaiki seperti pencegahan jenayah, sistem perundangan dan kawalan pelaburan, penyelidikan dan pembangunan, infrastruktur era ekonomi baru seperti internet dan sebagainya bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan yang telah banyak ditawar oleh Negara-negara lain.

Perubahan ataupun al Islah ini merupakan istilah yang membawa maksud memperbaiki dari kerosakan serta mencegah kebejatan dari berlaku. Tafsir al Kabir melanjutkan penjelasan dengan mempertanggungjawabkan pemerintah dan kerajaan itu melakukan usaha sedaya upaya mencegah kemudaratan. Kesejahteraan rakyat haruslah menjadi keutamaan. Para mufasirin seperti Imam Fakhr al Din al Razi dan Ibnu Katsir bersetuju antara dari pengertian melaksanakan Islah ini adalah memenangkan Keadilan dan mengalahkan kezaliman.

Ibnu Khaldun, ilmuwan abad ke 14, di dalam karya Mukaddimah nya mengungkapkan sebuah pentadbiran dan kerajaan yang dikenal sebagai Wajhul Hikmah. Kerajaan yang mengambil berat kebajikan serta kesejahteraan rakyat nya. Yang mentadbirnya adalah di kalangan mereka yang jujur dan amanah

Sekiranya benar maka kita perlu perbaiki sekarang termasuk menggugur sebahagian dasar dan polisi yang telah usang dan tidak lagi berkesan kerana perubahan persekitaran persaingan. Dasar baru perlu diperkenalkan untuk berhadapan dengan cabaran perubahan ekonomi sejagat untuk terus kehadapan berbanding dengan negara-negara lain yang semakin sengit bersaing.

Dalam kita mengejar kedudukan ranking kita perlu mengimbangi pembangunan diantara semua kaum. Ini sedikit sebanyak menjejas daya saing dan kecekapan pengurusan ekonomi Negara. Saya berpuas hati sekiranya kita dapat mencapai kedudukan ke 18 atau 19 dalam masa terdekat dan terus memperbaiki kedudukan apabila kita berupaya menyesuai kelemahan dan kesempitan aliran atau "bottleneck" dalam pengurusan ekonomi.

Kedudukan yang tinggi dalam daya saing dan efisiensi Negara samaada dapat dicapai atau tidak ditentukan oleh tahap persediaan Negara membiar kuasa pasaran berperanan menentukan aliran peruntukkan dan pengagihan sumber kekayaan Negara dengan campurtangan kerajaan yang minima melalui dasar, polisi, pentadbiran, undang-undang dan peraturan.

Ekonomi yang berdaya saing tinggi difahami berpengetahuan dalam pengurusan sumber dan sumber yang berkurangan. Dengan cara ini pertumbuhan ekonomi dapat dicorak dan dipertahan untuk menjana Pendapatan Negara Kasar yang tinggi. Dalam Negara penduduk yang serumpun teori ini boleh digunapakai tetapi amat sukar dalam masyarakat berbilang kaum yang berbeza aspirasi dan kedudukan ekonomi.

Indeks daya saing dan kecekapan global merupakan panduan penting untuk pelabur antarabangsa memutus tempat pelaburan. Negara yang ingin menarik pelaburan langsung sudah tentunya akan menyediakan iklim yang menarik dan berdaya saing untuk menawan mereka.

Buat masa ini jenis ekonomi yang efisien dan berdaya saing tinggi tanpa campurtangan kerajaan tidak sesusai untuk Negara tetapi mungkin akan menjadi kenyataan dalam dua tiga dekad lagi sekiranya kita meletakkan batu asas yang kukuh kearah itu dan dalam masa yang sama menyelesai masaalah kemiskinan dan merapatkan jurang perbezaan diantara yang kaya dan miskin.

Kita perlu mengkaji dasar yang diolah untuk memaju dan menyusun ekonomi berdasar pemilikan dan penglibatan berlandaskan kaum dalam ekonomi. Barangan dan perkhidmatan social dan ekonomi sepatutnya boleh digunakan oleh semua tanpa mengira kaum tetapi mereka yang mempamer kebolehan dan kesungguhan untuk terlibat perlu dibantu kerajaan. Bantuan jangan sekali-kali disediakan berdasar kedudukan social, kuasa politik penerima. Penglibatan dalam ekonomi mesti berdasar merit, keupayaan dan iltizam keusahawanan. Mengambil kira dasar ini bantuan mereka yang tidak bernasib baik mesti diolah dengan cara yang tidak membantut daya saing Negara.

Atas dasar itu sedang kita perlu kepada ekonomi yang berdaya saing tinggi dan cekap kita juga perlu mengimbangi tuntutan dan keperluan golongan yang memerlu bantuan dan perlindungan kerana kedudukan ekonomi mereka hasil daripada dasar yang diolah untuk mencapai ekonomi daya saing tinggi dan cekap. Pendekatan yang seimbang diantara keperluan persaingan dan keperluan membantu mereka yang terpinggir amat penting dalam ekonomi Negara untuk membina masa depan yang berjaya.

Pelaburan langsung asing

Pelaburan Langsung Asing atau FDI amat sensitive kepada ukuran keyakinan dalam ekonomi. Tertarik atau tidak mereka ke sesebuah Negara membuktikan keyakinan kepada kestabilan dan persaingan sesebuah ekonomi untuk mereka melabur. Pelaburan langsung asing merosot dengan begitu ketara dua tiga tahun yang lepas kedalam negara. Negara hanya mencatat kemasukan pelaburan langsung asing sebanyak USD7.3 billion tahun tahun 2008 berbanding dengan Indonesia USD 7.92 billion dan Vietnam USD 8.05 billion, Thailand USD 9.83 billion, Singapura USD22.8 billion. Tahun ini Negara hanya mencatat USD1 billion sahaja kemasukan FDI

Ada banyak sebab kemerosotan FDI yang begitu ketara sekali. Ada beberapa polisi yang menjadi batu penghalang kepada kemasukkan pelaburan langsung asing. UNTAD (United Nation Trade And Development) melaporkan Malaysia hanya berjaya menarik 2.6% sahaja daripada FDI pada tahun 2007 berbanding sekitar 8% pada pertengahna tahun 90an dan lebih daripada 10% pada tahun 80-an.

Negara perlu kepada strategi baru untuk menarik pelaburan langsung asing baik dalam tarikan pelaburan maupun mengintergrasi pembangunan dengan ekonomi serantau yang pesat membangun seperti Thailand, Vietnam, Indonesia, India dan Cina yang mempunyai pasaran yang jauh lebih besar daripada Malaysia. Ini bergantung kepada kedudukan modal insane negara yang menjadi isu besar negara.

Baru-baru ini Kerajaan telah menghapus beberapa polisi yang menjadi penghalang kepada kemasukan pelaburan langsung asing dan jika diperlukan mempercepatkan lagi proses meliberisasi ekonomi. Kerajaan perlu menghapus polisi dan peraturan pentadbiran yang mengekang usaha kearah kebebasan pasaran.

Hakikatnya kerajaan tidak lagi berupaya mempengaruhi pembangunan dalam semua sector ekonomi untuk mencapai objektif social. Dalam konteks liberisasi pun kerajaan masih boleh menyedia pelbagai insentif untuk penglibatan golongan tertentu seperti menyedia kemudahan kredit daripada institusi kewangan dan sebagainya. Begitu banyak cara untuk membantu golongan kurang bernasib baik yang tidak membantut aliran bebas pelaburan dalam ekonomi. Melalui liberisasi ekonomi akan mempercepat pengaliran masuk pelaburan dan teknologi dalam ekonomi.

Kita perlu pelaburan asing bukan sahaja untuk mengurang beban kewangan kerajaan dalam pembangunan ekonomi tetapi juga teknologi baru yang dibawa bersama. Perusahaan tempatan tidak melabur dalam penyelidikan dan pembangunan menyebabkan Negara tidak berdaya dalam rekacipta untuk pengeluaran barangan dan perkhidmatan generasi baru untuk keperluan era baru ekonomi global.

Kerajaan, Universiti dan pusat-pusat penyelidikan tidak menyesuai atau berorientasi dibawah rancangan komprehensif dan bermakna dalam menyalur hasil penyelidikan dan pembangunan untuk menghasil barangan dan perkhidmaan yang diperlukan oleh ekonomi global. Ketiadaan factor teknologi dalam ekonomi Negara akan membantut usaha kerajaan untuk melonjak taraf ekonomi dibawah model baru ekonomi.

Kualiti internet tercorot

Internet merupakan penggerak utama kepada perusahaan berpendapatan tinggi. Tanpa kualiti internet yang baik perusahaan yang kreatif dan inovatif tidak dapat beroperasi dengan cekap.

Di kalangan Negara-negara Asia, Singapura, Taiwan dan Hongkong berada pada tahap selesa memenuhi keperluan aplikasi hari ini sementara Korea dan Jepun sudah berada dalam masa depan.

Negara-negara yang di kenal pasti sudah bersedia untuk masa depan termasuk Korea, Jepun, Sweden, Lithuania, Bulgaria, Latvia, Belanda, Denmark dan Romania dengan kelajuan melebihi 11.25 Mbps dan "upload" 1 Mbps.

Keselamatan dan jenayah

Peningkatan kadar jenayah menjejas kedudukan ranking persaingan dan efisiensi Negara. Sebahagian masyarakat menghadapi kesulitan untuk menyesuai dengan kemodenan dan kemajuan ekonomi. Mereka terpaksa berpindah randah untuk memberi ruang kepada pembangunan kerana tanah mereka diambil sedangkan mereka tidak berupaya memiliki rumah dalam kawasan yang dibangunkan. Ramai dikalangan mereka tidak mempunyai atau berpeluang mendapat pendidikan tinggi dan terpaksa berkerja diperingkat bawahan atau buruh dengan gaji yang rendah.

Sebahagian daripada mereka mewajar tindakan dan kelakuan mereka walaupun kejam kerana mempercayai tidak ada bezanya dengan pengusaha yang mengaut keuntungan melampau dengan menindas pekerja tanpa mengira kesusahan atau keperitan orang ramai atau penguatkuasa yang memeras, mengugut, mengambil rasuah dan malah membunuh untuk mendapat habuan daripada orang yang sepatutnya mereka lindungi. Perbezaannya hanya cara sahaja.

Saya ingin menekankan kemerosotan keselamatan dan peningkatan jenayah di Bandar bukan hanya disebabkan kemajuan dan pembangunan ekonomi tetapi juga masaalah kemiskinan dan ketidaksaksamaan dalam pengagihan kekayaan negara. Perancangan ekonomi mesti diperbaiki dengan mengolah polisi bagi memasti keadilan social berlaku untuk semua kaum.

Saya menyokong segala usaha untuk meningkat keamanan Negara. Negara amat perlu memoden dan memperlengkap pasukan polis dengan teknologi, teknik penyiasatan dan pengesanan terkini serta pasukan yang berdedikasi untuk mengawal walaupun dalam keadaan darurat. Negara perlu menggunakan technology, kelengkapan dan kemahiran moden untuk menyusun semula kawalan terutama dalam kecurian, rompakan dan keganasan berkaitan dengannya.

Pendidikan

Indeks Pembangunan Insan (Human Development Index) yang dikeluarkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan Malaysia jatuh dari kedudukan 63 kepada 66. Ini menunjukkan Negara-negara lain telah lebih kehadapan dalam pembangunan insane. Gini Coeffient juga menunjukkan Malaysia merupakan Negara yang paling tinggi jurang diantara yang kaya dan miskin di rantau ini. Perlu diberi perhatian bahawa kadar celik huruf dewasa di Malaysia ialah 91.2%, Indonesia 92% serta Georgia ialah 100%!

Pendidikan menjadi kelemahan dalam daya saing Negara dan mungkin menjadi rintangan paling besar untuk pertumbuhan dan kejayaan masa depan ekonomi Negara. Kita telah mengabai fahaman tradisi bahawa prasyarat asas pembangunan modal insane untuk pertumbuhan ekonomi dan kejayaan masa depan dicapai hanya melalui penyediaan sistem pendidikan bertaraf dunia pertama.

Tidak ada satu pun universiti dalam negara menduduki tangga 100 malah 200 universiti terbaik dunia sedangkan sudah banyak universiti-universiti di Asia terutama dari Hongkong, China , Jepun, Singapura, Korea, Taiwan dan malah Thailand berjaya menduduki dalam kumpulan university terbaik dunia. Peningkatan kualiti pendidikan mereka jauh lebih maju dan kehadapan berbanding dengan system pendidikan kita.

Menurut kedudukan university-universiti terbaik Asia yang dinilai oleh QS Top Universities, 2 buah universiti dari Thailand iaitu University Mahidol menduduki tangga ke 30 dan Chulalongkong ke 35 berbanding dengan university terbaik negara iaitu Universiti Malaya yang hanya berjaya menduduki tangga ke 39. University of Hong Kong yang sama taraf dengan University Malaya satu ketika dahulu menduduki tangga no 1 sementara National University of Singapore tangga 10.

Penekanan kepada sains, teknologi serta sains asas seperti physics, kimia dan kejuruteraan di universiti-universiti tempatan terlalu kurang dan lemah sedangkan kita perlu mengorientasi Negara menceburi dalam era ekonomi global baru. Kita hanya berjaya mengeluarkan modal insan yang mampu menyelenggara ekonomi masa kini tetapi tidak berupaya memacu ekonomi dimasa hadapan. Kita masih bertelagah mengenai penggunaan bahasa untuk pelajar daripada memikir penguasaan matapelajaran sains dan teknologi untuk memacu Negara kehadapan.

Sistem pendidikan yang baik menjana modal insan yang berupaya mengeluar kemahiran berdaya kreatif, inovatif yang sentiasa mencipta barangan dan perkhidmatan baru untuk pasaran tempatan dan global. Tanpa modal insan yang berdaya kita tidak berupaya memacu ekonomi ke tahap sekarang dan tidak boleh mengolah model baru ekonomi yang digambarkan oleh kerajaan yang berdaya menimba, melibat dan menyumbang kepada ekonomi global.

Mana-mana pakar ekonomi bersetuju sudah terdapat jurang yang begitu luas dan tidak dapat diperbaiki lagi dalam dekad depan dari semua sudut kualiti modal insan yang diperlukan sekarang dan masa depan sekiranya kita terus mengabai system pendidikan negara. Modal insan berkualiti tinggi agak sukar diperolehi dalam Negara sekarang.

Perubahan radikal diperlukan dalam system pendidikan Negara. Kita mesti mengeluar pelajar berkualiti, pemikir yang dapat bertindak secara bebas, berfikir secara berlainan dan inovatif serta mahir berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. Pelajar2 ini mesti perolehi pengetahuan teknikal, kejuruteraan, matermatiks dan kemahiran amali terkini serta berupaya merancang dan membantu yang lain dalam perusahaan masa depan. Melainkan kita merubah system pendidikan Negara yang sudah jauh ketinggalan, daya saing Negara akan terus merosot dan harapan untuk menjadi sebuah Negara maju tidak akan tercapai.

Negara juga sedang mengalami pengaliran keluar pakar-pakar atau "brain drain" kerana mereka yang pintar dan berbakat tidak lagi melihat Negara sebagai tempat berpeluang untuk maju dalam ekonomi Negara dan ini digalakkan oleh ibubapa dan rakan-rakan dalam mengejar cita-cita dan kekayaan. Kita kehilangan mereka yang berbakat sekiranya daya kreatif dan kemahiran teknikal tidak diperguna dan diperlukan dalam ekonomi sekarang. Tidak ada motivasi untuk mereka merekacipta barangan dan perkhidmatan baru sekiranya Negara sendiri tidak ada kelebihan teknologi untuk digunakan dalam menggarap daya kreatif mereka. Mereka akan pergi ke destinasi lain yang lebih mencabar.
Baca seterusnya...

Mesyuarat Khas PAS Pusat Ganti EGM - Salahuddin

KUALA LUMPUR, 25 Okt : PAS tidak akan mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini, sebaliknya hanya akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat bagi membincangkan isu parti.



Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu Bernama hari ini bahawa isu mengadakan EGM sudah tidak berbangkit kerana Nik Abdul Aziz sendiri yang mencadangkan forum itu ditukar kepada mesyuarat khas.

Salahuddin berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya semasa beliau mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di kediaman Menteri Besar Kelantan itu di Kota Baharu malam Sabtu.

"EGM tidak berbangkit lagi. Semalam saya adakan pertemuan dengan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan mendengar sendiri komen Tok Guru tentang PAS. PAS akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat dalam masa terdekat. Nik Aziz sendiri yang memberitahu saya ketika pertemuan di Kota Baharu semalam," katanya.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Ditanya sama ada pemimpin yang dikatakan "bermasalah" ada menghubungi beliau, Salahuddin berkata mereka hanya mendiamkan diri.

"Tidak seorang pun menghubungi saya sejak blog itu memaparkan (mengenai EGM)," katanya.

-- BERNAMA
Baca seterusnya...

Sunday, October 25, 2009

Bajet besar tapi gagal lahir manusia berakhlak


Harakahdaily

KUALA TERENGGANU, 24 Okt: Walaupun kerajaan menyediakan peruntukan yang besar dalam Bajet 2010, namun gagal melahirkan manusia yang berwibawa, berakhlak dan beriman.



Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana mereka yang menjalankan tugas sebagai pemimpin kerajaan tidak melaksanakannya dengan betul.

"Belanjawan (Bajet 2010) besar, duit banyak, tapi (kerajaan) yang jalankan tugas tak betul, punca gagal untuk melahirkan manusia yang berwibawa, berakhlak dan beriman," ujarnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bagi Mengisi Tabung Pembinaan Madrasah Darul Iman (MDI) di sebuah resort di sini, malam tadi.


Turut berucap ialah Setiausaha Perhubungan PAS negeri selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Haji Yahaya Ali. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hadir sama pada majlis yang diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid In-Team itu.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas ringkas Bajet 2010 dengan peruntukan RM191.5 bilion yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, petang semalam.

Abdul Hadi yang juga Penasihat PAS negeri menambah, kegagalan melahirkan manusia yang berguna itu berpunca daripada kerajaan meninggalkan perintah Allah.

Sehubungan itu, beliau menggesa para hadirin supaya melibatkan diri dengan usaha mendirikan pusat pengajian Islam bagi melahirkan manusia yang bertanggungjawab kepada Allah.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah MDI, Ahmad Maarof Ismail memberitahu, pihaknya dapat mengumpul sekitar RM100,000 melalui majlis yang diadakan itu.

Namun begitu, katanya, pihak MDI masih mengharapkan sumbangan daripada orang ramai bagi menyiapkan pembinaan bangunan empat tingkat di Kampung Titian Baru, Marang yang berharga lebih RM1 juta.

Tambahnya, orang ramai yang ingin memberikan sumbangan dalam bentuk wang tunai bolehlah memasukkan terus ke dalam akaun MDI melalui Bank Islam yang bernombor 13017010809543 atau BSN bernombor 1111541000024903_
Baca seterusnya...

Friday, October 23, 2009

Kelantan kekal rekod 19 tahun sifar rasuah


KOTA BHARU, 22 Okt: Kelantan berkemungkinan besar akan mencatat rekod sebagai negeri pertama di Malaysia yang bebas daripada rasuah dalam tempoh 19 tahun pemerintahan PAS iaitu bermula pada tahun 1990 sehingga sekarang.


Bermula daripada wakil rakyat, anggota exco sehinggalah kepada menteri besar,tidak pernah tercatat rekod berkaitan rasuah di Kelantan.

Berbeza dengan negeri-negeri lain yang pemimpin-pemimpin politiknya seringkali disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dan salahguna kuasa.

Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun pihak-pihak tertentu berusaha untuk memburuk-burukkan wakil rakyat PAS, namun semuanya gagal.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dalam perkembangan lain, anggota Exco, Dato� Husam Musa memberitahu terdapat dua kesan positif ekspedisi rakyat Kelantan ke pelantar minyak yang diadakan pada 4 Ogos lalu.

�Iaitu terbukti dengan jelas pelantar minyak Cakrawala beroperasi sejak 2004 dan jarak dari pesisir pantai Kelantan lebih kurang 140 km sahaja,� katanya sebagai menjawab soalan Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria (PKR-Guchil) pada persidangan DUN hari ini.

Anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi pula berkata slogan "Bertani Satu Ibadah" merangkumi pelbagai aspek kerja yang memberi manfaat kepada rakyat.

Menurutnya slogan tersebut menggalakkan rakyat menceburi bidang pertanian tanpa meninggalkan amalan agama bagi mendapatkan manfaat di dunia dan akhirat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman pula memberitahu pembinaan jambatan Sultan Yahya Petra kedua sudah beberapa kali ditangguhkan dan kali terakhir ditangguhkan pada Februari 2011.

Persidangan DUN Kelantan bermula pada Selasa lalu dan akan berakhir pada minggu hadapan._
Baca seterusnya...

Speaker Sivakumar & 6 yang lain dapat kebenaran mahkamah cabar keputusan SPR


KUALA LUMPUR: Speaker DUN Perak, V. Sivakumar dan enam lagi mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi di sini kelmarin bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak mengosongkan dan mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.



Speaker Perak yang masih sah, Sivakumar, ADUN Pakatan Rakyat, Chen Fook Chye, Tai Singh Ng dan A. Sivanesan serta tiga pengundi Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) dan Foo Hon Wai dari Jelapang diberi kebenaran untuk mengemukakan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan SPR itu.

Sebelum ini, SPR mengambil keputusan untuk tidak mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang berikutan wakil rakyat kerusi berkenaan mengistiharkan diri dihadapan pemimpin BN menjadi ADUN bebas.

Hakim Lau Bee Lan membuatkan keputusan itu dalam kamar selepas menolak bantahan awal Pejabat Peguam Negara bahawa pemohon itu tidak mempunyai 'locus standi' atau hak undang-undang untuk mencabar keputusan SPR.

Sebaliknya, hakim itu memerintahkan bahawa Sivakumar dan enam lagi mempunyai 'locus standi' untuk berbuat demkian (mencabar keputusan SPR).

Berikutan keputusan hari ini, peguam pemohon, Ranjit Singh, berkata mereka akan memfailkan permohonan semakan kehakiman di mana mahkamah akan menentukan tarikh untuk mendengar perkara itu.

Hakim Lau juga tidak menerima hujah Pejabat Peguam Negara bahawa permohonan itu bersifat akademik semata-mata berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 April lepas bahawa SPR dan bukan Speaker mempunyai hak untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi pilihan raya.

Pemohon berkenaan mengemukakan saman terhadap SPR dan wakil rakyat, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

Jamaluddin dan Osman memenangi kerusi DUN atas tiket Parti Keadlian akyat (PKR) dan Hee atas tiket DAP pada pilihan raya umum tahun lepas.

Kemudian mereka mengisytiharkan keluar dari parti masing-masing dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN), sekaligus membawa kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS-PKR-DAP pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar.

Pada 3 Febuari lepas, Sivakumar memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan tiga kerusi itu selepas dikatakan menerima surat peletakan jawatan dari Jamaluddin dan Osman pada 1 Febuari manakala Hee pada 3 Febuari lalu.

Bagaimanapun, SPR mwelakukan keputusan diluar bidangtugasnya dengan mempertikaikan surat peletakan jawatan itu dan memutuskan untuk tidak mengisytiharkan pilihan raya kecil di kawasan-kawasan berkenaan. Sedangkan hak SPR adalah mengurus soal pilihanraya setelah mendapatmakluman dari Speaker.

Sekiranya SPR pada masa itu melakukan keputusan sesuai dengan tugasnya secara profesional tentunya kemelut politik yang berlanjutan sehingga sekarang telah lama berakhir. Kerana sekiranya hak Speaker itu tidak dinafikan tentunya peluang memilih yang dikembalikan kepada 3 DUN tersebut tentunya akan menghasilkan keputusan samada memihak kepada Pakatan Rakyat atau BN.

Dalam permohonan meminta kebenaran, yang difailkan pada 10 Mac lalu, Sivakumar dan enam lain memohon deklarasi bahawa kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang menjadi kosong berikutan peletakan jawatan oleh Jamaluddin, Osman dan Hee.

Mereka juga memohon satu perintah injunksi untuk menghalang ketiga-tiganya daripada bertindak, menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab, fungsi dan tugas-tugas sebagai ADUN.

Mereka juga turut memohon writ bersifat 'quo warranto' dikeluarkan kepada ketiga-tiga ADUN berkenaan dengan memerintahkan kesemua mereka memberikan tunjuk sebab dan maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa mana kesemua mereka kononnya masih ADUN kawasan masing-masing dan bertindak menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai wakil rakyat.
Baca seterusnya...

Thursday, October 22, 2009

Tian Chua dihukum 6 bulan penjara, denda RM3,000


Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Jika Tian Chua gagal dalam rayuannya terhadap hukuman tersebut, maka beliau akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu.

Sebelum ini, Majistret Mohd Faizi Che Abu mendapat Tian Chua bersalah terhadap tuduhan tersebut.

bersih parliament police blockade memo 111207 tian chua hauledKatanya, beliau mendapati Tian Chua bukan saksi yang berwibawa kerana pembelaannya hanya merupakan penafian semata-mata.

Malah, kata Mohd Faizi, rakaman video yang dikemukakan oleh pihak tertuduh menunjukkannya menghalang dirinya ditangkap.

Katanya, walaupun rakaman video tersebut tidak menunjukkan berlakunya pelakuan menggigit, tetapi beliau percaya ia berlaku kerana anggota polis berkenaan memberi keterangan bahawa beliau menumbuk tertuduh dan Tian Chua bertindak balas dengan menggigit.

Mohd Faizi juga berkata, bukan anggota polis tersebut yang dibicara tetapi tertuduh yang menghadapi perbicaraan.

Katanya, beliau mendapati kewibawaan anggota polis itu tidak terjejas kerana beliau mengaku, dalam keterangannya, telah menumbuk Tian Chua.

Dalam reaksinya, Tian Chua berkata beliau tidak fikir ianya satu penghakiman yang adil kerana mendakwa majistret dan pihak pendakwa bergantung kepada keterangan anggota polis terbabit dan berasaskan kepada bukti keadaan.

Katanya, ia tidak membuktikan bahawa kejadian menggigit itu berlaku.

Tian Chua mendakwa hukuman tersebut adalah untuk menghilangkan kelayakannya sebagai ahli parlimen.

NONE"Saya akan terus berkhidmat kepada rakyat dan hukuman tersebut tidak akan menjejaskan agenda untuk perubahan dan pembaharuan," katanya.

Tian Chua, 46, yang nama penuhnya Chua Tian Chang, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.

Pada 18 Mei, Mohd Faizi mengarahkan Tian membela diri selepas majistret itu memutuskan bahawa pihak pendakwa mempunyai kes terhadap ahli parlimen Batu itu.

Tian didakwa mengikut Sekseyen 332 Kanun Keseksaan dan boleh berdepan dengan hukuman tiga tahun penjara atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya hukuman penjara melebihi setahun atau jika denda yang dikenakan melebihi RM2,000 maka Tian hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu jika selepas semua rayuannya gagal.

Tian ditahan sewaktu Bersih mengadakan protes membantah pindaan perlembagaan untuk melanjutkan usia persaraan anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun.
Baca seterusnya...

Wednesday, October 21, 2009

Kematian Teoh: Pakar kata 80% kemungkinan homisid

Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam



Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.

Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.


Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.

Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.

Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan homisid dan 20 peratus kemungkinan bunuh diri.

Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh "jatuh dalam keadaan sedar" tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar.

Beliau memberi tiga sebab dalam membuat kesimpulan tersebut, iaitu:

1) Laporan bedah siasat menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah, tetapi beliau (Dr Pornthip) tidak menemui kecederaan untuk melindungi diri.

2) Beliau menemui luka-luka yang kelihatan berlaku sebelum mangsa jatuh.

3) Kecederaan pada bahagian dada adalah akibat impak awalan.

Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.

Teoh - setiausaha politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah - ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam berhubung dakwaan salahguna wang negeri pada 15 Julai lalu. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, Dr Porntip mempunyai 27 tahun pengalaman dalam bidang sains forensik.

Pakar Thai itu tiba di mahkamah pada jam 8.50 pagi. Beliau turut mengadakan tayangan slaid bagi membantu mahkamah memahami keterangannya.

"Dari gambar post-mortem, saya dapati ada kesan lebam di bahagian kanan leher, yang kami (pakar patologi) panggil 'handle bruise', dan kecederaan ini selaras dengan kecederaan disebabkan cekekan," kata Dr Porntip yang telah mengendali lebih 10,000 bedah siasat.

Beliau berkata kecederaan itu tidak dinyatakan dalam laporan autopsi disediakan oleh Dr Khairul Azman dan Dr Prashant, yang telah diberikan kepadanya untuk diperiksa.

"Saya juga dapati kecederaan tusukan di bahagian dubur yang boleh disebabkan perbuatan memasukkan objek dalam bahagian berkenaan. Saya tidak pernah melihat kecederaan seumpama itu dalam kes jatuh dari tempat tinggi," kata beliau, sambil menunjuk kepada gambar-gambar bedah siasat yang dipaparkan pada slaid.

Dr Pornthip berkata beliau juga mendapati kesan melelas di paha bahagian atas Teoh yang mungkin disebabkan disebat.

"Satu lagi kecederaan yang saya temui ialah keretakan tempurung kepala, yang mungkin disebabkan oleh hentakan tumpul yang tepat kepada tempurung kepala sebelum jatuh," kata Dr Porntip, saksi ke-30 di inkues itu.

Beliau berkata kemungkinan Teoh tidak sedarkan diri bila ia jatuh dari tingkat lima, berdasarkan tiadanya kecederaan reaksi pada badan, dan menambah luka-luka kelihatan seperti kecederaan sebelum jatuh, dan kecederaan dada yang teruk adalah akibat impak primari di lantai.

Ditanya oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar, bagi pihak kerajaan Selangor, tentang kes melelas di bahagian bawah kasut Teoh, pakar itu berkata: "Kelihatan seperti badannya telah diheret.

"Dalam kes-kes jatuh biasa dari tempat tinggi, kasut tidak meninggalkan kesan melelas seperti ini," jelas beliau.

Ditanya oleh koroner Azmil Muntapha Abas sama ada permukaaan lantai mungkin menyebabkan kesan heretan, Dr Porntip menjawab: "Permukaan keras dan kasar".

"Bagaimanapun, pasukan forensik saya tidak menemui sesuatu yang boleh menyebabkan kesan ini bila mereka memeriksa tingkat 14 (pejabat MACC) pada kali terakhir," katanya.

Baca seterusnya...

Monday, October 19, 2009

13 ahli politik disiasat SPRM

Seramai 12 ahli politik daripada BN dan satu daripada parti pembangkang disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Januari hingga Ogos tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata sebanyak tujuh tuduhan direkodkan untuk ahli politik daripada BN manakala belum ada pertuduhan setakat ini terhadap ahli politik pembangkang.

Liew menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mengenai langkah mengembalikan keyakinan awam terhadap imej negatif SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara berikutan keraguan umum terhadap perilaku penyiasatan dan pendakwaan terpilih.

Liew berkata statistik itu menunjukkan bahawa SPRM menjalankan siasatan mengikut prosedur undang-undang dan peraturan tanpa mengira latar belakang atau kedudukan individu yang disiasat mahupun fahaman politik.

"Mekanisme tanggungjawab yang diwujudkan semasa SPRM ditubuhkan jelas membuktikan kesediaan suruhanjaya itu untuk berperanan secara bebas, telus dan profesional dalam menjalankan penyiasatan ke atas kes-kes rasuah," katanya.

Berhubung pendakwaan terpilih yang dibangkitkan Anwar, Liew berkata pendakwaan sesuatu kes hanya akan dilakukan terhadap mana-mana orang tanpa mengambil kira kedudukan mereka sekiranya terdapat keterangan mencukupi bagi mendapatkan sabitan.

"Bagi kes-kes yang dikendalikan oleh SPRM, semua kes yang diputuskan untuk tidak dituduh perlu dilaporkan ke Panel Penilaian Operasi yang terdiri daripada individu profesional dalam bidang masing-masing serta bertindak secara bebas," katanya. BERNAMA
Baca seterusnya...

Umno nafi p'raya 2 DUN di N Sembilan


Pakatan Rakyat, dalam masa terdekat, tidak perlu berangan-angan untuk bertarung lagi pada pilihan raya kecil di dua DUN di Negeri Sembilan selepas gagal di Bagan Pinang.


Umno Kuala Pilah dan Seremban masing-masing menafikan desas-desus di internet bahawa ADUN Johol dan Lenggeng akan meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihan raya kecil.

ADUN Johol Datuk Roslan Md Yusuf diura-ura akan berbuat demikian akibat mengalami sakit tulang belakang selepas jatuh sewaktu bermain badminton kira-kira dua bulan lalu.

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim pula didakwa akan dipaksa meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana sedang dibicarakan atas pertuduhan rasuah.

Timbalan Ketua Kuala Pilah, Datuk Hassan Malek berkata desas-desus tersebut "tidak benar" dan "ia diada-adakan".

Beliau diminta mengulas dakwaan laman web Sabah Daily.com yang menyebut Roslan "sedang bersabung nyawa" akibat kanser tulang yang "genting".

Surat peletakan jawatan ADUN itu bagaimanapun didakwa telah ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Walaupun mengakui ADUN Umno itu mengalami kecederaan, Hassan berkata Roslan tidak perlu meletakkan jawatan.

"Tidak timbul soal letak jawatan, saya dan ahli jawatan kuasa bahagian boleh membantunya.

"Malam esok, saya akan turun ke kawasan beliau, untuk program bertemu dengan rakyat di sana," kata Hassan kepada Malaysiakini hari ini.

Mengulas mengenai kesihatan Roslan, Hassan berkata, kali terakhir beliau berjumpa dengan Roslan pada hari raya Aidil Fitri lalu.

Beliau, yang juga ahli parlimen Kuala Pilah, berkata ADUN itu berada dalam keadaan baik dan "tidak membimbangkan".

Bagaimanapun pergerakan Roslan agak terbatas kerana berkerusi roda, tambahnya.

Sementara itu, Ketua Puteri Seremban, Wan Salwati Abdullah berkata, beliau tidak mendengar desas-desus bahawa Mustafa akan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

"Semalam saya ada di cawangannya di Sungai Machang, ada jamuan Aidil Fitri Pemuda dan Puteri, beliau buat kerja macam biasa sahaja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Setahu saya, setakat ini kesnya masih dalam perbicaraan."

Beliau diminta mengulas tulisan di blog pro-pembangkang Kedah La Nie yang mendakwa pilihan raya kecil DUN tersebut "mungkin berlaku apabila mesyuarat Umno peringkat pusat memberi lampu hijau".

Blog itu mendakwa dengan kembalinya sokongan bukan Melayu di Bagan Pinang seperti keputusan 11 Oktober lalu, "Umno berkemungkinan menggulingkan calonnya yang ada sekarang. Melalui SPRM (Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia)"

Menurut exco Puteri Umno itu lagi, beliau turut bertemu Mustafa sepanjang berkempen pilihan raya kecil DUN itu, yang dimenangi Tan Sri Mohd Isa Samad, dua minggu lalu.

Mustafa dihadapkan di Mahkamah Sesyen Seremban tahun lalu berhubung dua tuduhan rasuah dan kesnya sedang dibicarakan.
Baca seterusnya...

Saturday, October 17, 2009

Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu; UcapUtama Presiden PAS


1.0 MUKADDIMAH
Para peserta ijtima’ sekelian,
Hari ini kita masih berada di penghujung bulan Syawal, pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin minal ‘aiddina wal faaizin, kullu ‘aamin wa antum bikhair.

Tidak lupa juga kepada saudara-saudara kita yang sedang berjihad di Palestin, Iraq, Afghanistan, Filiphina, Selatan Thailand dan juga saudara-saudara kita yang sedang menghadapi ujian di Padang, Sumatera Barat dan lain-lain.
Hari Raya adalah hari kemenangan bagi mereka yang berpuasa dan bagi mereka yang berjihad. Walaupun ribut dan badai melanda bahtera perjuangan, mereka tetap dengan janji dan tidak sekali-kali menukarkannya kepada yang lain. Hal ini telah dikisahkan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran;
“Dan apabila orang-orang yang beriman melihat bala tentera Ahzab, mereka menyatakan inilah janji Allah dan RasulNya, benarlah janji Allah dan Rasulnya. Tidaklah menambahkan kepada mereka melainkan keimanan dan penyerahan diri kepada Allah”(Gambar - Presiden PAS merasmikan laman web Baitul muslim..... Untuk gambar-gambar selanjutnya klik Buletionline Blog)
Dalam suasana berhari raya ini juga, kita menyertai Pilihan Raya Kecil N.31 Bagan Pinang, di Negeri Sembilan. Suatu pilihan raya kecil yang amat buruk, kotor dan jelek dalam sejarah tanah air. Walaupun BN berbangga dengan kemenangan besar mereka, tetapi sejarah telah mencatatkan bahawa sistem demokrasi di dalam negara ini penuh dengan ugutan, permusuhan, rasuah, kebiadaban dan penipuan oleh UMNO/ BN.
Namun, kita tetap bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana mengurniakan kepada kita nikmat yang termahal, nikmat yang diberikan hanya kepada orang-orang yang dikasihiNya iaitu nikmat Iman dan Islam. Bahkan bertambah-tambah syukur kita, apabila dipilih oleh Allah menjadi pekerja dan pejuang Islam berhimpun pada hari ini membincangkan tajuk, “Berubah Untuk Kemenangan Islam”.
2.0 ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN 2.1 Islam Agama FitrahIslam, agama seluruh para anbiya’ dan mursalin alaihimussalaa tu wassalam semenjak nabi Adam sehingga nabi kita Muhammad SAW adalah ajaran yang sempurna. Ia bukan ciptaan manusia dan juga bukan ciptaan Nabi kita Muhammad SAW sebagaimana yang diistilahkan oleh orientalis Barat sebagai Muhammadanism (agama Muhammad) tetapi ianya adalah daripada Allah Yang Maha Esa dan Maha Agung.Islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW ketika dunia berada dalam kesesatan jahiliyyah (kerosakan aqidah, akhlaq, ekonomi, politik). Penduduk Mekah yang mempunyai Baitullah (Kaabah), telah mensia-siakan ajaran yang di bawa oleh Nabi Ibrahim A.S. Rome, tempat berkembangnya ajaran Kristian, telah menjadi kuasa politik yang memperalatkan Kristian untuk kepentingan segelintir manusia. Parsi, negeri yang maju dari segi aspek kebendaan tetapi penduduknya menyembah api di samping berpegang dengan falsafah Zoroaster. China, penduduknya beragama Budha, Lotze dan Confutze yang mengabdikan diri sesama makhluk. India, negeri yang dibanjiri oleh dewa-dewi yang disembah oleh penganut Hindu. Tidak kurang juga apa yang dilakukan oleh penduduk Asia Tengah dan Timur Jauh yang syirik dan terkapai-kapai dalam kegelapan.Islam di bawah pimpinan Muhammad SAW, Nabi terakhir memimpin manusia secara fitrah. Lihatlah bagaimana hebatnya wahyu pertama yang diturunkan dalam surah Al-Alaq, ayat 1-5:“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah,dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Islam mengajak manusia mengenal penciptanya, agar mereka mengenal tujuan hidup dan tempat mereka akan kembali di penghujung hayat mereka.2.2 Islam Merubah Wajah Dunia Sirah menunjukkan bahawa Islam bukan sekadar berlegar di dalam masjid sahaja. Ianya di sampaikan disegenap penjuru dunia. Setelah berjaya melahirkan peribadi Muslim, keluarga Muslim, masyarakat dan negara Islam di al-Madinah al-Munawwarah. Rasulullah mengembangkan Islam dengan menghantar surat kepada pemimpin-pemimpin yang berada di sekeliling Madinah selepas mengadakan perjanjian Hudaibiyah. Surat-surat dihantar kepada Najasyi (Raja) Habsyah, al-Muqauqis Raja Mesir, Kisra Raja Parsi, Heraqla (Hercules) Raja Rome, pemimpin Bahrain Al-Munzir bin Sawi, pemerintah Yamamah Hauzah bin ‘Ali, pemerintah Damsyik al-Harith bin Abi Syamar dan juga Raja Oman. Kepada Hauzah bin Ali pemerintah Yamamah Rasulullah SAW menulis surat dengan susunan ayat-ayat berikut :- "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Rasulullah SAW kepada Hauzah bin Ali, selamat sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Ketahuilah bahawa sesungguhnya agamaku akan mencapai kemenangan sehingga kepenghabisan sampainya kuku unta dan kuda. Maka dengan Islamlah nescaya kamu selamat, dan aku jadikan (pertanggungjawabkan) untuk mu apa yang telah ada di bawah tangan (kekuasaan) mu.” 2.3 Sistem Ciptaan Manusia Pasti TumbangManusia mencipta sistem-sistem bagi mengurus kehidupan mereka. Sistem ini menemui kegagalan kerana ianya menolak aqidah, syariat dan akhlak yang mulia. Ianya tidak mempunyai piawaian yang mutlak tetapi bersifat anjal mengikut ketentuan masyarakat. Marilah kita melihat bagaimana salah satu sistem ciptaan manusia, iaitu sistem ekonomi. Sistem ini sedang mengalami keruntuhan yang menakutkan kuasa-kuasa besar dunia. Sistem ekonomi kapitalis (perusahan bebas), sosialis (mengembalikan kuasa ekonomi dari Borjuis (kapitalis) kepada golongan Proliter (petani dan buruh), komunis (mengembalikan kuasa ekonomi kepada proliter secara demokrasi dan sederhana) tidak dapat menandingi sistem ekonomi Islam yang dikenali sebagai muamalat kerana ianya berdasarkan wahyu Ilahi bermatlamat mencari keredhaan Allah, meletakan harta hak mutlak Allah dan aktiviti perekonomian adalah ibadat. Cerdik pandai dalam pelbagai bidang sedang menjenguk kepada kehebatan syariat Islam setelah teori-teori ciptaan barat sudah tidak dapat bertahan lagi. Islam membaiki kefasadan ini sebagaimana yang diperakui sendiri oleh Saidina Umar yang sempat hidup di era jahiliyah dalam ucapannya yang terkenal :-“ Kami adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari selain daripada Islam untuk mendapatkan kemuliaan, nescaya kita mendapat kehinaan”Abad ke-21 menyaksikan bagaimana kekuatan peradaban manusia dicabar oleh zaman. Kemusnahan blok Komunis dari segi geopolitik, ekonomi dan budaya menjadi bukti bahawa ideologi yang tidak bertunjang kepada Islam akan berakhir dengan kegagalan. Blok kapitalis juga tidak dapat diteladani kerana ianya tidak berteraskan nilai-nilai positif. Kehebatan Amerika dan Eropah juga makin meluntur dan tidak dapat lagi dibuat panduan. Dalam keadaan meraba-raba ini, kita mesti memberi keyakinan kepada dunia bahawa ubat yang paling mujarab untuk membaiki penyakit jahiliyah abad 21 ini hanya kembali kepada Islam. Firman Allah:“Allah menjadi wali kepada orang-orang beriman dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan dan kekufuran, syak serta ragu-ragu kepada cahaya kebenaran yang jelas dan menerangkan dengan mudah dan senang. Sedangkan orang-orang kafir yang menjadi wali atau pelindung mereka adalah syaitan yang menghiasi mereka dengan kejahilan dan kesesatan. Mereka mengeluarkan orang-orang kafir dari jalan kebenaran kepada kekufuran dan pendustaan. Mereka itulah penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya”.3.0 MENILAI PERMASALAHAN Perkara pertama yang mesti dilakukan dalam melaksanakan agenda perubahan ialah memahami permasalahan. Terdapat faktor luaran dan faktor dalaman yang menyebabkan adanya masalah dan halangan kepada usaha PAS untuk melaksanakan perubahan. Justeru faktor-faktor ini patut dianalisa agar kita dapat merumuskan cara-cara penyelesaian yang terbaik dalam usaha melakukan perubahan untuk kemenangan Islam.3.1 Permasalahan yang disebabkan oleh Faktor Luaran.Musuh-musuh Islam yang dipimpin oleh Amerika dan Yahudi bersama dengan North Atlantic Trity Organization (NATO) terus menerus menunjukkan permusuhannya ke atas umat Islam dengan melabelkan umat Islam sebagai pengganas. Mereka berusaha menyemai perasaan benci masyarakat dunia kepada Islam dengan harapan Islam - yang semakin berkembang dengan pesat termasuklah dalam negara mereka sendiri - dapat disekat dan dihancurkan.Dasar negara kita yang sekular dengan mengasingkan antara agama dengan kehidupan dunia terutamanya mengenai penyiaran dan hiburan merupakan punca kepada kebejatan sosial dan jenayah yang makin membarah pada hari ini. UMNO pula sebagai parti yang menganut faham liberal tidak berhenti daripada melebarkan kejahilan dan salah faham terhadap Islam dalam masyarakat. Mereka sebagai golongan yang memerintah tidak berusaha memberi kefahaman kepada masyarakat tentang Islam dan syariatnya bahkan mereka hanya memejamkan mata walaupun berlakunya kecelaruan dalam pelaksanaan undang-undang Islam yang diwartakan sendiri oleh mereka sebagaimana dalam kes Kartika Sari Dewi Shukarno di Pahang.Demokrasi yang dilaksanakan kini penuh dengan kepincangan dan ketidakadilan. Ciri-ciri demokrasi yang sebenar sudah tiada. Maklumat melalui media yang sepatutnya adil kepada semua pihak hanya menyiarkan maklumat untuk sebelah pihak sahaja. Jentera kerajaan digunakan sewenang-wenangnya seolah-olah jentera tersebut bukan lagi milik kerajaan tetapi milik parti yang memerintah. Perhimpunan aman yang sepatutnya menjadi hak dan kebebasan yang dijamin dalam perlembagaan disekat dengan memperalatkan pasukan keselamatan. Bahkan boleh kita katakan, aspek pelaksaan demokrasi oleh negara-negara bukan Islam yang memusuhi Islam lebih baik berbanding dengan negara kita yang diperintah oleh orang Islam sendiri.3.2 Permasalahan yang disebabkan oleh Faktor Dalaman.Kita telah menyaksikan perjalanan abad-abad silam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Semakin jauh kehidupan dengan Baginda semakin tercabarlah pula kehidupan umatnya. 14 abad telah berlalu. Gerakan dan parti Islam seperti PAS sewajibnya menilai diri untuk menentukan keabsahannya sebagai sebuah gerakan Islam yang berkesan, melalui kelayakan dan kemampuan untuk menangani gerakan dan politik semasa. Sebagai sebuah gerakan Islam, kita perlu bertanya ;Pertama : Adakah daya jihad dan ketekunan ahli PAS dalam perjuangan berdaya saing dan berorientasi? Kedua : Adakah sumber manusia dan kewangannya pada tahap yang munasabah?Ketiga : Adakah penguasaan ilmu, maklumat dan kemahiran mengatasi pihak lawannya?Persoalan-persoalan di atas memerlukan renungan yang mendalam dan kecekalan hati untuk menjawabnya. Saya yakin tuan-tuan dan puan-puan sekalian merasa kekurangan di dalam perkara-perkara yang dibincangkan ini tetapi saya juga yakin bahawa tuan puan tidak merasa ragu sedikit pun dengan semangat dan daya juang yang ada untuk berdepan dengan mereka yang menentang kita terutamanya musuh tradisi politik kita dari kalangan UMNO dan BN.4.0 MENITI PERUBAHAN 4.1 Memahami Fikrah Perubahan Islam sebagai addin yang sempurna menawarkan kepada seluruh manusia jaminan keselamatan di dunia dan di akhirat melalui suatu proses perubahan hidup dari jahiliyyah kepada Islam. Proses ini bermula dengan keyakinan seseorang bahawa dia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T untuk menjadi hambaNya dan khalifahNya. Iaitu suatu proses perubahan yang menggarap dan menjawab persoalan besar manusia yang berakal; dari mana datangnya, kenapa berada di persada dunia ini dan ke mana akhirnya. Sebagai agama yang syumul, Islam merupakan suatu sistem yang lengkap merangkumi hubungan hamba dengan Allah dan hubungan dengan makhluk. Ia dianuti dan dihayati sebagai sebuah cara hidup yang merangkumi pelbagai bidang politik, ekonomi, kemasyarakatan, ilmu pengetahuan, pemikiran (falsafah), dan kesenian yang berpaksikan kepada aqidah tauhid. Adalah suatu tugas yang besar untuk menjayakan perubahan menyeluruh seperti ini. Namun, Rasulullah S.A.W telah diutuskan sebagai pelengkap dan penyudah kepada sekalian para nabi dan Rasul dengan membawa bimbingan ilahi, dengan wahyu al-Quran dan pimpinannya yang dipimpin terus oleh Allah SWT telah berjaya mengubah masyarakat jahiliyyah Mekah dan Madinah serta sekitarnya meninggalkan sistem-sistem yang gasar seterusnya menggantikannya dengan sistem Islam. Hari ini kita bercakap untuk berubah bagi kemenangan Islam. Kerana Islam mesti memimpin. Allah SWT telah memberikan panduannya yang nyata melalui ayat 11 surah al-Ra’d:“Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum sehinggalah kaum itu mengubah nasibnya sendiri”Kebanyakkan ulama yang mentafsirkan ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT tidak akan mendatangkan azab dan bala bencana melainkan manusia itu sendiri yang berubah daripada keimanan dan ketaatan kepada kekufuran dan kemaksiatan. Al Ka’bi Rahimahullah berkata: ‘Sesungguhnya kesemua ayat menunjukkan bahawa Allah SWT tidak memulakan sesuatu azab dan bala’ bencana. Beliau mengemukakan beberapa ayat. Di antaranya ialah ayat di atas.Qatadah ibnu Dua’mah, seorang tabi’in besar, salah seorang anak murid kepada Abdullah Ibnu Abbas berkata ‘Selepas membaca ayat tersebut: Sesungguhnya datangnya perubahan daripada manusia dan permudahan daripada Allah, maka janganlah kamu mengubah nikmat-nikmat Allah pada kamu’. Ini bermakna untuk mendapatkan kemenangan, pejuang Islam mestilah terlebih dahulu berubah daripada negatif kepada positif, daripada maksiat kepada taat dan daripada perpecahan kepada perpaduan. Kekalahan yang menimpa jemaah Islam bukan semata-mata kerana kejahatan musuh. Akan tetapi juga daripada kelemahan dalam diri jemaah sendiri. 4.1.1 PAS mesti menjadi sebuah parti politik dan gerakan Islam yang disegani Perkembangan yang berlaku pada hari ini sangat menuntut kepada parti politik dan gerakan Islam yang disegani dalam negara kita. Keruntuhan sistem sekular yang mengasingkan urusan dunia dengan agama memerlukan Islam sebagai pilihan. Sebagai wadah yang membawa Islam, PAS seharusnya disegani dan dihormati agar ianya mudah untuk diterima oleh semua pihak termasuk golongan bukan Islam.Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO kini semakin hampir kepada zaman kejatuhannya sebagaimana yang berlaku kepada parti-parti sezaman dengannya contohnya Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun, Parti Golkar di Indonesia dan parti-parti lain yang telah mengalami penyakit tua sebagaimana UMNO dan BN di Malaysia. Golongan yang jatuh ini akan digantikan oleh parti yang mendapat sokongan rakyat. Oleh itu, PAS mestilah mempunyai budaya kerja untuk menjadi kerajaan yang ditunggu (government in waiting). 4.1.2 Jaminan hidup aman untuk generasi akan datangKeruntuhan moral dan akhlak pada hari ini telah membawa kepada peningkatan gejala sosial dan jenayah yang akhirnya menganggu gugat keamanan dan kesejahteraan hidup masyarakat. Inilah dia kesan buruk yang diakibatkan oleh sistem pemerintahan yang tidak mengambil kira pelaksanaan syariat serta persoalan dosa dan pahala. Sekiranya perubahan yang kita inginkan itu berlaku iaitu dengan menjadikan Islam sebagai agama yang memerintah, sudah pasti kehidupan yang aman dan sejahtera akan dinikmati oleh generasi yang akan datang. 4.2 Menguruskan perubahanDengan menyedari hakikat kekurangan dan kelemahan kita walaupun tanpa menyenaraikannya, marilah kita berusaha menguruskan suatu perubahan ke arah mencapai cita-cita murni iaitu kemenangan Islam.4.2.1 Setiap ahli mesti menggabungkan diri dan berintima’ dalam saf perjuangan. Dengan intima’ ini kita menjadi orang-orang yang berjihad dan bukannya mereka yang duduk tanpa berjuang bahkan menunggu sambil melihat sahaja perkembangan yang berlaku seperti fiman Allah dalam surah As-Saff ayat ke-4. Seluruh kekuatan intelek dan sumber harta benda bahkan masa dan kelapangannya digunakan untuk meningkatkan kualiti dan daya juang sebagai seorang muslim yang melaksanakan tanggungjawab fardhu ‘ain dan fardhu kifayah.4.2.2 Keperluan PAS menguruskan agenda tarbiyyah dengan lebih mantap dan kesedaran sebenar ahli kepada kepentingan tarbiyyah harakiyyah dalam keimanan, keilmuan, kemasyarakatan dan kecergasan.4.2.3 Peranan Organisasi PAS daripada atas hingga ke bawah dan peranan dewan-dewan (ulama’, Pemuda dan muslimat) serta sayap-sayap organisasi parti yang terdiri dari lajnah-lajnah semua peringkat hendaklah digaris pandukan pencapaiannya oleh Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Latihan-latihan kepada petugas dilakukan secara terus menerus sementara kepentingan perkaderan pelapis diberikan perhatian. PAS juga memerlukan skim pembangunan sukarelawan atau pekerja sukarela dalam pelbagai bidang, agar mereka dapat membantu parti secara terus menerus atau apabila diperlukan.4.2.4 Keperluan berdakwah ke seluruh negara dalam konteksnya yang munasabah bagi PAS. Orang Melayu sendiri perlu disedarkan dan dibimbing dengan ajaran Islam yang syumul. Mereka adalah mad’u yang terdekat dengan PAS.4.2.5 Meningkatkan pengorbanan ahli dalam semua sudut (intelektual, harta, masa dan tenaga)4.2.6 Membina pandangan umum yang baik melalui pembinaan imej seterusnya mengembalikan mood rakyat untuk menyokong PAS melalui program-program kemasyarakatan.4.2.7 Memperluaskan penggunaan media baru4.2.8 Merancang penguasaan gerakan PAS dalam masyarakat dan memikirkan cara-cara yang baik bagi memungkinkan PAS memimpin masyarakat.4.2.9 Menguruskan badan-badan dan institusi-institusi parti seperti Nisa’, Waja dan PASTI.4.2.10 Muda-mudi adalah harapan jamaah dalam melahirkan Generasi Rabbani. Mereka hendaklah dilihat dengan penuh kasih sayang dan dibimbing dengan hikmah dan kebijaksanaan. Sesungguhnya kerajaan UMNO/BN tidak mampu lagi untuk memimpin mereka dan menunjukkan contoh tauladan yang baik untuk mereka. Dasar-dasar penyiaran, kebudayaan dan sukan; filem-filem yang ditayangkan, majalah-majalah dan lebih-lebih lagi pusat-pusat hiburan menjadi alat perniagaan yang penyakitnya membarah ke dalam masyarakat. Jenayah arak, dadah, persundalan, pergaulan bebas tanpa batasan agama dan budaya hidup berpeleseran adalah wajah muda-mudi hari ini. PAS mesti bertindak segera merubah suasana menyelamatkan generasi muda agar menjadi pewaris ummah dan tanah air pada masa hadapan.4.2.11 Kewujudan kepimpinan pemuda PAS di peringkat negeri hingga cawangan adalah bagi menjamin kesinambungan perjuangan ini dan mengembangkan pengaruh Pas kepada orang-orang muda daripada pelbagai latar belakang budaya. Kepimpinan pemuda mestilah berusaha melahirkan pemuda berilmu, beriman, berketerampilan dan kuat semangat. Meramaikan naqib muda bagi mengendalikan usrah remaja terutama dari kalangan anak-anak ahli Pas perlulah diagendakan supaya kewujudan keluarga muslim terbina dengan terancang. Aktiviti hiburan, sosial dan sukan yang menjadi jambatan penghubung dengan warga muda perlu diurus dengan bijaksana tanpa melangkau batasan syariah.4.3 Natijah Perubahan
Alhamdulillah, hasil daripada polisi memasyarakatkan PAS, Membangun Bersama Islam dan PAS untuk semua, kita telah berjaya memerintah pada tahun 1999 – 2004 dan seterusnya mengembangkan pengaruh PAS dalam pilihan raya 2004 dan 2008.
Mari kita mengimbas sejenak hasil daripada perubahan yang berlaku untuk kita menilai kepentingan perjuangan kita bagi memenangkan Islam dan menjadikannya berkuasa ke atas negeri Terengganu Darul Iman.4.3.1 Hasil daripada pemerintahan PAS / BA. Diantaranya ialah:
a) Perubahan ke arah Pelaksanaan Syariat lslam.Kerajaan PAS / BA telah membuat perubahan ke arah pelaksanaan Syariat Islam kerana PAS yakin asas penting pegangan sesebuah pemerintahan ialah melaksanakan syariat Allah. Bagi merealisasikan hasrat tersebut Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dipinda dan tujuh enakmen telah diluluskan. Pindaan perlembagaan negeri dibuat dengan meletakkan AI-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai sumber undang-undang dan rujukan tertinggi. Sementara enakmen yang diluluskan ialah enakmen, hisbah, enakmen pentadbiran hal-ehwal agama lslam (Terengganu) 1422H/ 2001 M), enakmen mahkamah Syariah (Terengganu) 2001, enakmen kesalahan jenayah syariah(Takzir ) ( Terengganu) 2001 dan enakman tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001. Enakman kesalahan jenayah Syariah ( Hudud dan Qisas ) Terengganu 1423H/ 2003 M).
b) Perubahan dan Pembangunan dalam Pentadbiran Kerajaan
Pegawai-pegawai kanan kerajaan dibawa bersama duduk semeja dengan Menteri Besar dan EXCO kerajaan bagi merangka dasar dan polisi kerajaan. Hal seperti ini tidak pernah berlaku sebelumnya. Begitu juga dengan dasar kewangan, amalan riba telah ditinggalkan. Pegawai dan kakitangan kerajaan diajak bersama-sama menjalankan tugas sebagai suatu ibadat untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.
c) Pembangunan ekonomi, Kebajikan dan pembahagian kekayaan adalah untuk rakyat.
Dasar-dasar pembangunan ekonomi, perindustrian, pertanian, sosial, teknologi maklumat dan komunikasi, pelancongan, pembangunan belia dan lain-lain telah dirangka. Walaupun tanpa royalti, projek-projek pembangunan berasaskan kepada sumber-sumber tempatan seperti sumber perkayuan, sumber mineral, pembangunan tanah untuk pertanian bahkan pembangunan rumah mampu milik dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya. Kerajaan PAS juga melaksanakan kebajikan kepada rakyat dengan menganugerahkan tanah, menambah bantuan kebajikan, menambah bantuan imam bilal, cukai rumah kediaman dan tol juga telah dihapuskan dan lain-lain.
d) Pembangunan pendidikan dan dakwah Islamiyyah
Kita telah berjaya mengemukakan pelan pembangunan dan program pendidikan yang komprehensif daripada peringkat rendah hinggalah ke peringkat tinggi. Kita berbangga dengan program Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) sehingga kepada kerjasama KUSZA dengan universiti luar. Begitu juga dengan program tarbiyyah, dakwah, amar ma’ruf dan nahi mungkar serta Hisbah
4.3.2 Sebaliknya, natijah daripada kemenangan UMNO/BN dalam pilihanraya umum ke-11 (2004) telah mendatangkan banyak kerosakan kepada negeri dan rakyat. Kenyataan ini boleh dilihat contohnya daripada aspek-aspek berikut; a) Pentadbiran negeri menjadi terumbang-ambing apabila kakitangan kerajaan diintip dengan CCTV dan ditekan dengan pelbagai peraturan. Di peringkat kampung, amalan pilih kasih dan mengutamakan suku-sakat menjadi amalan biasa JKKK.
b) Keadaan akhlak generasi muda dan pelajar amat membimbangkan. Ramai pelajar yang terlibat dengan penagihan dadah (pil kuda) dan salah laku seks serta gejala sosial. Kejadian jenayah meningkat dan keruntuhan budi pekerti remaja, pemuda dan pemudi menjadi-jadi. Kegiatan ’menogok’ arak dan judi, telah mula menjadi ’nadi’ kehidupan kota Kuala Terengganu dan bandar-bandar lainc) Pengurusan Ekonomi dan pembangunan negeri dimonopoli oleh kroni. Pengangguran meningkat, kemiskinan rakyat Terengganu kembali ke tangga utama, rakyat marhaen yang dibela, dianugerah tanah oleh kerajaan PAS, dirampas dan dihina.d) Terengganu kehilangan pusat pendidikan agama dengan penutupan KUSZA. Anak-anak pintar dari jurusan agama yang ingin melanjutkan pelajaran disekat bantuan dan biasiswa. Sedangkan anak-anak Exco mendapat bantuan biasiswa percuma. Dengan menyedari hakikat, betapa kuasa pemerintahan memainkan peranan untuk menegakkan yang maaruf dan meninggalkan yang mungkar, maka usaha menguruskan perubahan dengan serius dan sistematik mestilah diambil sebagai kewajipan yang sebenar-benarnya di semua peringkat. InsyaAllah, setiap kita yang hadir di dalam perhimpunan ini mampu menjawab bagaimana melaksanakannya.
Marilah kita bercita-cita melakukan perubahan untuk kemenangan Islam agar suasana seperti yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W kembali ke Negeri Terengganu Darul Iman:
“Demi Allah, pasti Allah akan menyempurnakan agama ini sehingga seorang yang berjalan dari Sana’ ke Hadharal Maut, tidak merasa takut melainkan kepada Allah dan hanya bimbang kepada serigala yang akan menangkap kambingnya.”
5.0 PENUTUP
Adalah menjadi tanggungjawab kita disemua peringkat meletakan diri kita berdasarkan kelebihan dan kepakaran masing-masing yang dikurniakan oleh Allah untuk sama-sama merapatkan saf perjuangan serta menjana kekuatan parti dan menempatkannya di persada dunia: bersaing dalam arena politik bagi menguasai Malaysia Negara tercinta. Sesungguhnya kita semua adalah mujahidin Ummah. Kita mesti bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita murni ini. Kenapa tidak?... Allah telah menjamin bahawa kemenangan ini bersama-sama kita seperti yang termaktub di dalam firmannya:
“ Adalah menjadi hak Kami membantu orang-orang yang beriman”
Justeru itu, berusahalah melaksanakan segala perintahNya pada setiap masa, berjuang untuk melaksanakan perintahNya yang belum dilaksanakan lagi dan meninggalkan segala laranganNya. Dia memerintahkan kita untuk mencari jalan bagi mencapai kemenangan Islam. Kita memilih perjuangan secara damai (pilihan raya) sebagai wasilah untuk mendapatkan kekuasaan bagi melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Kita memohon kepadaNya agar terus istiqamah berjuang menegakkan agama ini, walau apapun mehnah dan fitnah kerana jaminannya:
“Sekiranya engkau menolong Agama Allah, Dia akan menolong kamu dan menetapkan kaki-kaki kamu”
InsyaAllah kita akan terus memacu kehadapan dengan penuh izzah dan taqwa kepada Allah S.W.T. dan mendapat keredhaan Allah serta syurgaNya. Samada kita mencapai kemenangan, atau kita syahid di jalannya.
Akhirnya dengan lafaz saya rasmikan ijtima Kepimpinan Negeri Terengganu kali ke 13 dan saya doakan ijtima’ ini mendapat keberkatan sepanjang perjalanannya
Baca seterusnya...