Buletin Online

Malaysiakini

Majlis Berbuka Puasa Warga Darul Bayan

Majlis Berbuka Puasa Warga Darul Bayan Slideshow: Pas’s trip from Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Terengganu slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Forum Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan

VIDEO KONTROVERSI MAT SABU

Video Terkini

OPS AL FALAH KG NYIOR

Ops al Falah kg Nyior Slideshow: Pas’s trip from Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Terengganu slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Wednesday, November 18, 2009

Ustaz Satiful Syor Tempat-tempat Runtuh Jadi Produk Pelancongan !


KUALA NERUS – Tindakan ‘berbeza-beza’ yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di selar kerana tidak ‘konsisten’ dalam menjalankan penyiasatan.


Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata sekiranya kes tersebut melibatkan pemimpin PAS atau dari parti komponen Pakatan Rakyat (PR), SPRM akan bersegera menyiasat.

Namun sebaliknya, kata beliau, SPRM akan melambat-lambatkan, bahkan tidak mengambil tindakan langsung terhadap sesetengah kes yang melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN), walaupun terdapat bukti yang nyata.

”Isu rasuah, kalau kena (kes melibatkan) orang PAS macam (yang berlaku) kepada Tok Guru (Mursyidul Am), ‘berlari tak jumpa tangga bebenar’ (bersgera) SPRM (apabila) mendengar berita orang nak taja Tok Guru pergi ke Mekah (menunaikan haji),

”kalau hok (yang melibatkan) pemimpin UMNO, senyap ‘ketik’ (sunyi), sejak dari kes (pembelian) kappa selam sehingga kes-kes di Terengganu ini,”soalnya kepada pihak berkuasa terbabit.

Justeru kerana tiada sebarang tindakan diambil oleh SPRM, beliau kesal dan secara sinis, mencadangkan supaya bangunan dan binaan yang telah runtuh di negeri Terengganu ini, dijadikan produk pelancongan bagi menarik kedatangan pelancong-pelancong.

”Sebab itu kita syor kepada Zaabar, Exco Pelancong dia buat ‘trip’ mari melancong ke Terengganu melawat tempat-tempat runtuh di Terengganu ini,”tegas beliau.


Baca seterusnya...

Saturday, November 14, 2009

IHTIFAL PASTI AN-NURRIN KG PINANG MERAH

Pada hari Sabtu 14 hb November 2009 PASTI AN-NURRIN KG PINANG MERAH telah mengadakan Ihtifal bagi tahun akademik 2009.Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda Pas DUN Paka.Majlis dihari oleh para ibu bapa pelajar-pelajar Pasti An-Nurrin.
Ucapan Alu-aluan Oleh Sdr C W Mustaffa Bin C W Kaman Pengerusi Pasti AN-NURRIN



Ucapan Perasmian Oleh Sdr Ramzi B Abdullah Ketua Pemuda Pas DUN Paka.



Baca seterusnya...

Sekitar Ihtifal Pasti AN-NURRIN


Penyampaian Cenderahati Kepada Ketua Pemuda Pas DUN Paka.

Pelajar Cemerlang Thn 2009 bergambar dengan Guru-guru Pasti An-nurrin












Baca seterusnya...

Friday, November 13, 2009

Mimbar P6 Merah


Khutbah hari ini disampaikan oleh Yang Mulia Al Fadhil Ustaz Syeikh Hanafi dari Dungun. Seperti biasa khutbah dimulakan dengan memuji Allah SWT , Selawat keatas jujungan besar Nabi Muhammad SAW serta peringatan supaya muslimin bertaqwa kepada Allah SWT.

Khatib memulakan intipati khutbah dengan mengajukan soalan mengapakah Negara kita yang majoriti nya umat islam,negeri kita yang majoriti nya ummat lebih-lebih lagi ahli qariah kampong kita majoritinya ummat islam tidak dapat didakwah, diajak bersama-sama menyertai jemaah islam? Walaupun ada segelintir namun masih ramai lagi yang tidak menyertai jemaah perjuangan islam. Khatib juga mengingatkan ahli jemaah islam supaya mengelakkan pendekatan menghukum sebaliknya menggunakan cara berhikmah.
Khatib menyeru ustaz-ustaz , para-para da’i agar memainkan peranan yang lebih aktif menyampaikan dakwah dan memberi kefahaman kepada masyarakat ummat islam agar mereka yang meyertai jemaah islam dengan kesedaran keimanan bukannya sokongan yang disebabkan oleh isu-isu tertentu.Kerana sokongan terhadap jemaah tanpa disertai dengan keimanan diibarat oleh khatib seperti sepohon lalang yang hanya kekiri dan kekanan mengikut tiupan angin. Sokongan seperti ini amat lah ampuh tidak kemana.
Khatib juga bertanya kan hadirin sejauh manakah sumbangan yang diberikan oleh hadirin muslimin terhadap perjuangan menyebarkan Islam atau kerja-kerja jemaah atau kerja-kerja islam yang akan dapat memberikan kemenangan kepada jemaah islam.Khatib mengingatkan agar para muslimin tidak hanya bersungguh-sungguh menjalankan kerja-kerja jemaah hanya pada masa-masa tertentu sahaja seperti dimasa pilihan raya umpamanya.Perjuangan Islam dan dakwah adalah suatu perjuangan yang panjang. Ianya memerlukan pengorbanan tenaga , masa dan wang ringgit yang berterusan. Khatib juga mengingatkan bahawa berjuang bersama jemaah islam adalah satu kemestian yakni fardhu ain , menyertai perjuangan islam adalah fardhu kifayah sekiranya sesebuah Negara itu diperintah berlandaskan hukum islam (kerajaan islam).
Khutbah diakhiri dengan khutbah kedua dimana khatib mengingatkan para jemaah sentiasa berselawat keatas Junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sentiasa bertaqwa .Khatib juga mengingatkan bahawa harta dan anak pinak tidak berguna ketika bertemu Allah nanti melainkan membawa hati yang sejahtera.Khatib memperingati jemaah agar sentiasa mengingatkan hari Jumaat kerana pada hari Jumaat inilah berlakunya hari qiamat.Khatib juga menyarankn agar para jemaah sekelian selalu memperingati anak dan isteri tentang akhirat/kiamat.
Wallahu a’lam.

Baca seterusnya...

Ya Allah ! Selamatkan Perjuangan Islam


1. Kelihatan fitnah terus menyelubungi Parti Islam Se Malaysia PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang berjuang untuk memartabatkan Agama Allah swt di atas tanahair ini .


2. Musuh tanpa jemu merancang dan mengatur strategi untuk menggagalkan perjuangan suci ini dengan percubaan untuk memecah belahkan kesatuan anggota jamaah , melempar fitnah kepada pimpinan dan jamaah serta membina persepsi buruk masyarakat kepada jamaah yang perjuangkan Islam ini .



3. Selain dari tindakan pro aktif diambil oleh jamaah dan pimpinannya untuk melakukan pelbagai langkah mengatasi segala kemelut dan masaalah yang menghambat perjuangan ini ,


4. Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil satu lagi langkah wajar iaitu menganjurkan Solat Hajat & Munajat Perdana dengan tema : " Ya Allah ! Selamatkan lah Parti Islam Se Malaysia [ PAS ] " sebagai sebuah wadah yang memperjuangkan Islam di negara ini .


5. Solat Hajat dan Munajat Perdana ini akan diadakan pada Malam ini - 10 nov.[ selasa ] jam 8.15 di Dewan Dato' Fadzil Noor Taman Melewar . Insyaallah ianya akan diimamkan oleh Sohibus Samahah Tuan Guru Dato' Hj. Harun Din Timbalan Mursyidul Aam PAS .


6. Alim ulama' , pimpinan PAS di semua peringkat , aktivis dan ahli - ahli PAS serta penyokong dan seluruh ummat Islam prihatin [ muslimin dan muslimat ] dijemput hadhir untuk sama - sama kita bermunajat kepada Allah swt agar perjuangan Islam ini dipelihara dan wadah perjuangannya diperkasa .


7. Menyedari fitnah dan tekanan bertali arus yang melingkari PAS mutaakhir ini , memerlukan pertolongan dan bimbingan Allah swt agar PAS terus gah menggalas tanggungjawab perjuangan Islam di negara ini dan sekaligus memberi nur hidayahnya kepada setiap individu yang cuba untuk menggagalkan perjuangan ini .


8. Saya sekali lagi dengan segala kerendahan diri mengharapkan agar seluruh ummat Islam [ muslimin dan muslimat ] dapat hadhir bersama pada malam ini untuk kita bermunajat kepada Allah swt . Semoga Allah swt merestui perjuangan kita dan mengurniakan kekuatan serta ketabahan yang tinggi kepada pimpinan , aktivis , anggota dan penyokong jamaah ini untuk terus berjuang menyahut segala cabaran dan menyerap segala tekanan samaada yang datang dari luar atau dalam .


Sekian


Baca seterusnya...

Sunday, November 8, 2009

Kemesraan 2 Tok Guru dalam PAS.


Mursyidul Am PAS, TG.Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berbual bersama Presiden PAS, TG.Datuk Seri Abdul Hadi Awang Seminar Memperkasakan Parti, hari ini - foto THE STAR oleh AZMAN GHANI

Baca seterusnya...

Saturday, November 7, 2009

Dr. Aziz Bari Keterlaluan


Oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

1. Dr. Abd Aziz Bari semakin menyeringai dengan menunjuk taring dan belangnya hari ini melewati satu wawancara ekslusif beliau bersama malaysiakini .



2. Semakin lantang dan celupar kenyataannya . Tidak keterlaluan jika saya kata beliau semakin biadab [ tiada adab ] menyerang pemimpin PAS tanpa sabar lagi untuk menunggu hari esok .

3. Sedang esok beliau telah diundang oleh PAS untuk memberi pandangan dan kritikan beliau . Biarpun pedas dan keras , namun atas keterbukaan sikap Presiden PAS dan seluruh pimpinannya , Dr Aziz Bari diundang sebagai tetamu dan panel dalam Seminar Politik yang akan berlangsung esok .

4. Beliau boleh menunggu hari esok untuk melontarkan idea dan kritikan kepada PAS dan pimpinannya . Tapi beliau seperti mempunyai agenda tersembunyi , apabila secara konsisten memilih media umum untuk menghentam dan membidas serta melemparkan fitnah dan tuduhan tanpa bukti kepada pimpinan PAS .

5. Sebagai tokoh akademi , beliau sewajarnya kaya dengan adab dan tatacara dalam mengkritik dan membuat tuduhan . Bukan sewenang - wenangnya melemparkan tuduhan tanpa lampiran bukti yang kukuh . PAS telah membuka medan atau saluran yang betul buat beliau mengkritik [ dengan mengundang beliau sebagai panel ke Seminar Politik PAS ] , tetapi kelihatan beliau gagal memahami kedudukan itu dengan mengambil sikap terus menerus mengasak dan menyerang pimpinan PAS di khalayak ramai .

6. Lagaknya seperti mata lembing musuh untuk terus menikam pimpinan PAS yang tidak digemarinya malah juga tidak keterlaluan kalau saya pula mengatakan beliau adalah agen UMNO sebagaimana beliau menuduh Presiden PAS dan timbalannya sebagai pro UMNO .

7. Apakah Dr Aziz Bari bimbang untuk berhadapan dengan ahli - ahli PAS dalam Seminar Politik esok sehingga memaksa beliau membuat kenyataan demi kenyataan menyerang Presiden PAS di luar medan yang disediakan ? Tiadakah kesabaran beliau untuk menunggu awal pagi esok ? Atau sememangnya beliau merancang untuk terlebih dahulu mempengaruhi peserta seminar dan masyarakat umum ?

8. Saya kini tidak lagi melihat kritikan beliau terhadap pimpinan PAS sebagai datang dari seorang tokoh akademik yang ikhlas dan tulus , tetapi ia adalah kritikan yang datang dari seorang agen musuh untuk menggulingkan Presiden PAS dan mahu melihat PAS terus bergolak . Beliau sangat seronok melihat PAS berkrisis hasil kritikan dan tohmahan yang dilontarkan .

9. Sebelumnya saya tidak ambil kisah kenyataan - kenyataan beliau . Saya berlapang dada . Saya kira ini adalah pandangan dari luar kotak yang perlu diberi perhatian oleh pimpinan . Alhamdulillah , perhatian telah diberikan oleh pimpinan PAS terhadap tulisan - tulisan beliau dan akhirnya membawa kepada Seminar Politik . Lebih menarik , beliau jua antara panel yang diundang oleh PAS untuk memberi kritikan melalui medan dan saluran yang disediakan . PAS , pimpinan dan seluruh ahlinya sedia mendengar dan bermuhasabah .

10. Tetapi beliau masih tidak berpuas hati . Pimpinan PAS terus diserang dan ditohmah . Beliau bercakap soal disiplin dan karisma kepimpinan tetapi saya lihat beliau sendiri jelas tidak memiliki disiplin dan jauh sekali dari memiliki karisma . Ramai orang tertanya - tanya , apa sebenarnya yang beliau mahu ?

11. Melihat kepada reaksi brutal beliau menyerang tanpa henti , mudah sahaja jawapannya ialah beliau mahu menjatuhkan Presiden PAS dan beberapa pimpinan yang lain serta mahu supaya PAS terus bergolak . Akhirnya beliau [ Dr. Aziz Bari ] dan puak - puaknya mendapat advantage dari kekeruhan yang diciptanya .

12. Jawapan ini saya kemukakan kerana jelas apa yang diinginkan oleh Dr Aziz Bari bukan penyelesaian kerana pelan penyelesaian telah dibuat dan medan perbahasan telah dibuka dengan penganjuran seminar ini . tapi beliau menunjuk rasa tidak puas hatinya dengan terus melanyak pimpinan PAS . Ertinya beliau bukan inginkan kedamaian dan penyelesaian tetapi apa yang beliau mahu ialah menyingkirkan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang lain bagi memuaskan hatinya dan hati puak - puaknya .

13. Dr. Aziz Bari dan kumpulannya kelihatan terancang dan teliti dalam mengatur plot untuk menjatuhkan presiden PAS . Tulisan dan kenyataan beliau terutamanya hari ini bukan lagi bersifat teguran dan kritikan tetapi serangan dan tohmahan untuk menjatuhkan Presiden PAS dengan memberi pelbagai label . Saya berdoa kepada Allah swt semoga Allah memelihara jamaah Islam ini dan menggagalkan perancangan Dr Aziz Bari dan kumpulannya .

14. Saya menyesal kerana hampir - hampir mempercayai beliau dan menghormati seluruh tulisan beliau . Ternyata saya silap dan beliau tidak ikhlas sebagaimana yang disangka . Apa salahnya beliau menunggu esok yang tidak berapa jam sahaja lagi untuk memberi teguran direct kepada seluruh pimpinan PAS dari segenap peringkat yang hadhir berseminar nanti . Kenapa setelah dibuka ruang dan diberi peluang kepada beliau dengan penuh hormat dan penuh dengan sikap keterbukaan pimpinan PAS , beliau masih tidak menghormatinya sebaliknya memilih untuk terus menghentam pimpinan PAS di media umum ?

15. Menurut rekod daftar ahli PAS sekarang dan pengakuan beliau sendiri , beliau bukanlah ahli PAS dengan maksud beliau memang bertindak sebagai orang luar dari PAS . Realiti itu tiada masaalah bagi saya . Boleh sahaja sesiapa pun mengkritik PAS dan pimpinan PAS mestilah peka dengan kritikan tersebut . Tetapi apabila kritikan itu bernada tuduhan dan tohmahan , beliau mestilah tampil dengan hujjah dan bukti yang kukuh . Malangnya beliau menulis tanpa sebarang bukti kukuh malah menampilkan fakta yang salah .

16. Pun begitu saya masih menaruh harapan agar esok , Dr Aziz Bari dapat hadhir dan kemukakan hujjah serta bukti - bukti kukuh beliau . PAS telah sediakan medan yang telus dan tulus buat beliau .

17. Kelak , jika tiada bukti yang meyakinkan terhadap segala tuduhan dan tohmahan maka selesailah sebuah kemelut ciptaan Dr Aziz Bari dan puak - puak yang mendokongnya dan harapan saya selepas itu , pimpinan dan ahli PAS tidak perlu lagi terseret dalam kancah yang sengaja di creat oleh agen - agen musuh untuk terus melihat PAS retak dan lemah .

18. Sebaliknya , jika Dr Aziz Bari berjaya mengemukakan bukti yang jelas atas setiap pertuduhan yang dilemparkan , PAS janganlah teragak - agak untuk mengambil tindakan ke atas siapa jua yang menggadai prisip perjuangan dan polisi parti .

19. Akhirnya saya menyeru agar semua sahabat seperjuangan agar tidak mudah untuk terpengaruh dengan propaganda musuh yang mahu melihat parti terus bergolak . Kerana apabila PAS teguh dan bersatu , maka pastinya akan menyusahkan mereka untuk melaksanakan agenda - agenda jahat menghancurkan perjuangan Islam ini .

20. Marilah kita cantumkan semula pecahan - pecahan hati dan rasa dikalangan kita , agar kita kembali bertaut dengan semangat ukhuwwah fillah . Biarlah orang lain bercakap , mengkritik , menuduh dan menabur fitnah sementara kita terus utuh memberikan komitmen yang tinggi terhadap perjuangan . Melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang masih terbengkalai kerana asyik dan hanyut dalam arus pergolakan yang dicipta oleh agen musuh .


Baca seterusnya...